Gelagat pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial baru-baru ini.
Aeril Zafrel, menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, menyatakan bahawa dia telah dipaksa oleh Wawa untuk memotong rambutnya selepas bertahun menyimpan rambutnya yang panjang itu.
“Punya la lama aku bela rambut ni, dipaksa potong pulak. Korang rasa okay ke dah pendek macam ni?.”-kapsyen Aeril di Instagram
View this post on Instagram
Netizen Terhibur!
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan gelagat pasangan selebriti ini, malah ramai yang terpukau dengan perubahan wajah Aeril yang kelihatan semakin kacak selepas ‘dipaksa’ isterinya itu untuk memotong rambut.
“Dah macam Prince Syed tu laa pulak.”
“Menyenangkan hati isteri dapat pahala bang. Senang je Wawa gula-gulakan untuk potong rambut.”
“Rambut pendek lebih better sebab kemas hensem.”
“Mengekek ngekek aku gelak sepanjang video ni 😂.”
“Yeay akhirnya potong jugak rambutnya 😂.”
“Aku ingat tarzan terlepas tadi 😂.”
“Bila potong nampak cam vibe Salman khan adik beradik khan tu hahagaga 😭.”
“Kasih sayang boleh tumbuh dalam masa sekejap tapi rambut ambil masa yang lama untuk tumbuh baru.”
Sekadar info, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya, dan Jibril Ibtisam.