Penyanyi dari Indonesia, Afgan telah melancarkan lagu ‘Untukmu Aku Bertahan’ versi orkestra, semalam, di semua platform media sosialnya.
Berterima kasih kepada diri sendiri
Menurut Afgan, sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, dia berharap lagu tersebut dapat membuatkan semua orang berterima kasih kepada diri sendiri kerana mampu bertahan menghadapi apa jua dugaan dan rintangan sehingga ke hari ini.
Happy World Mental Health Day! Hari ini saya mengeluarkan lagu “Untukmu Aku Bertahan” (Live Orchestra Version) di semua streaming platforms. Kadang kita lupa berterima kasih kepada diri kita yang sudah terus bertahan, jangan lupa nyanyi lagu ini untuk diri kalian.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat mengucapkan terima kasih kepada Afgan kerana sentiasa mengingatkan diri mereka supaya mencintai diri sendiri.
Video
View this post on Instagram