Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Afiyah Main Piano Di konsert Siti Nurhaliza, Raih Perhatian-“Terbaiklah, Gandingan Ibu...

    [VIDEO] Afiyah Main Piano Di konsert Siti Nurhaliza, Raih Perhatian-“Terbaiklah, Gandingan Ibu & Anak”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Kecil Lagi Dah Dapat Peluang Buat Persembahan Dengan Penyanyi No.1 Malaysia”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @hzqhahahah yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 39 ribu, tanda suka sebanyak 1,934 dan sebanyak 11 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Afiyah yang bermain piano semasa pembukaan konsert Siti Nurhaliza di Genting Highland baru-baru ini telah menarik perhatian ramai terutamanya buat peminat-peminat Tokti.

    @hzqhahahahah

    Replying to @bondaanggundahliadaisy full saya takde, sikit jelah opening masa Afiyah main piano #sitinurhaliza #fyp #fypシ

    ♬ original sound – zeeXzee – zeeXzee

    Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa persembahan tersebut sangat memukau dan tidak sangka Tokti akan dapat membuat persembahan sebegini bersama anak tercintanya itu.

    Apa-apa pun, semoga Afiyah dan Afwa menjadi anak yang soleh dan solehah yang taat kepada ibu dan ayahnya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan jga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts