Personaliti media sosial, Agy berkongsi keadaan wajahnya yang bengkak didakwa berpunca daripada ubat yang diambil pada Rabu.
Alahan ubat
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Agy ‘mengesahkan’ dirinya mengalami alahan pada ubat tahan sakit. Kata Agy, ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku.
Dengan ini saya mengesahkan, ianya berlaku lagi. Maksudnya, saya memang confirm alergik dengan ubat tahan sakit.
Semalam saya rasa tak sihat, dan saya makan ubat. Tengok, dia bengkak lagi.
Maksudnya saya dah tak boleh makan ubat tahan sakit ke macam mana?
View this post on Instagram
Netizen beri solusi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kongsi pengalaman yang sama. Selain itu, terdapat juga netizen memberi solusi dengan mengatakan air kelapa muda sebagai penawar.