Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Aina Abdul Anggap Pengorbanan 10 Tahun Dalam Industri Berbaloi, Mahu Ibu...

    [VIDEO] Aina Abdul Anggap Pengorbanan 10 Tahun Dalam Industri Berbaloi, Mahu Ibu Jadi Orang Pertama Naik Kereta Baharu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, Aina Abdul telah pun dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada Jumaat.

    Tak jangka menang

    Ketika ditemui , pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani mengakui tidak menyangka akan dinobatkan sebagai pemenang selepas meraih 8,882,662 undian daripada peminat.

    Dalam masa yang sama, Aina berpendapat bahawa segala pengorbanan yang dilakukan sepanjang 10 tahun di dalam industri hiburan telah membuahkan hasil.

    Alhamdulillah, saya tak jangka langsung dapat memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ini kerana perjalanan dan karier saya tidak mudah.

    Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada juri-juri, Berita Harian, TV3 dan juga penaja kerana memberi peluang kepada saya untuk memenangi anugerah ini.

    Macam saya katakan tadi, saya tak jangka langsung akan memenangi anugerah ini kerana banyak masa dan tenaga yang perlu saya korbankan.

    Tetapi, pada saya perjuangan sepanjang 10 tahun dalam industri itu bukan sia-sia.

    Aina berkongsi perkara tersebut pada sesi sidang media ABPBH 36 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Jumaat.

    Kemenang buat peminat & keluarga

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Imaji’ menyatakan dua kemenangan yang diraihnya termasuklah anugerah Penyanyi Paling Popular tidak membuatkan dia berasa selesa sebaliknya menjadi satu ‘peringatan’ untuk terus menghasilkan karya berkualiti.

    Kemenangan ini sebagai satu peringatan untuk saya bekerja keras dan kalau nak kata saya gembira dengan dua anugerah ini.. tidak.

    Sebaliknya saya takut, gemuruh dan gementar dengan kemenangan ini kerana dengan dua anugerah ini, saya perlu buktikan banyak perkara.

    Tetapi, selagi mana saya jujur dengan apa yang saya lakukan, insya-Allah setiap lagu yang saya hasilkan akan terus melekat di hati peminat.

    Ujar Aina, dia juga mahu mendedikasikan dua anugerah yang diraih iaitu Penyanyi Paling Popular dan Anugerah Bintang Paling Popular kepada keluarga dan peminat yang telah banyak menyokongnya.

    Kemenangan saya ini adalah 100 peratus disebabkan oleh peminat saya dan saya juga ingin tujukan kemenangan ini buat ibu, abang dan peminat saya yang telah banyak berkorban untuk saya.

    Saya tahu wang ringgit tidak mampu untuk membalas segala jasa mereka tetapi saya harap karya-karya selepas ini akan membuatkan mereka gembira.

    Nak bawa ibu naik kereta

    Ketika ditanya mengenai hadiah kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang dimenanginya, Aina memaklumkan mahu menjadikan ibunya, Zaini Abdullah sebagai individu pertama yang menaiki kenderaan tersebut.

    Sebenarnya saya merancang untuk membeli sebuah kereta baharu tahun ini, teringin sangat nak beli tetapi tak sangka dapat kereta malam ini.

    Saya nak bawa ibu saya sebagai orang pertama yang menaiki kereta tersebut.

    Sekadar info, Aina yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular selepas berjaya menewaskan calon ‘favorite’ lain iaitu Khai Bahar, Senario, Siti Nordiana, Anna Jobling dan KJ.

    ALSO READ:  ‘Kalau Tak Suka, Tak Payah Tengok’ – Abby Abadi Tegur Netizen ‘Bitter’ Tengok Lakonan Bersama Zack X Factor

    Menerusi kemenangan itu, Aina telah berjaya membawa pulang trofi dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tajaan produk kecantikan, CONBOO.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts