Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Air Mata Awie Gugur Ketika Menyanyikan Lagu ‘Kasihnya Ibu’

    [VIDEO] Air Mata Awie Gugur Ketika Menyanyikan Lagu ‘Kasihnya Ibu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kehilangan orang yang tersayang merupakan satu perkara yang terlalu menyedihkan bagi semua insan. Penyanyi Datuk Awie meluahkan rasa tersebut ketika mengadakan Konsert Awie Journey yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Sabtu lalu.

    Allah lebih sayang mak

    Menurut Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, berkata, pemergian ibu tercinta pada 12 Disember 2014 masih meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam dirinya.

    Saat aku terkapai-kapai, doa emak meredakan segala gundah dan lara, namun Allah lebih menyayangi emak yang pergi tiga tahun selepas ayah meninggal dunia. Aku reda Ya Allah, tapi sakitnya cukup terasa.

    Tolonglah Ya Allah, ampuni kedua-dua orang tuaku. Menangislah air mata darah sekali pun, mereka tidak akan kembali. Hanya Kau tempatku memohon.

    Awie turut berkongsi beberapa foto ibu dan ayahnya ketika berbicara mengenai kehilangan tersebut. 3,000 penonton yang hadir turut tersentuh sebaik sahaja mendengar luahan rasa Awie pada masa itu. Bagi penonton, konsert berdurasi lebih tiga jam itu sangat bermakna malah, mereka dapat mengenali Awie dengan lebih dekat.

    Selain menyanyi lagu Kasihnya Ibu nyanyian asal Datuk Sharifah Aini, vokalis kesayangan ramai itu turut menyampaikan lebih 30 lagu dari awal pembabitan dalam industri muzik.

    Antaranya adalah Peronda Jaket Biru, Ratuku, Ukiran Jiwa, Musibah, Balada Pemuzik Jalanan, Nurnilam Sari, Sayap Ilusi, Bara, Ingatkan Dia selain rangkuman medley iaitu Pedih, Iris, Tragedi Oktober, Baldu Biru dan Dibayang Awan.

    Dewan Merdeka turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

    Sekadar info, Konsert Awie Journey adalah kupasan perjalanannya yang diterjemahkan mengikut turutan tahun dari 1985 (kecuali tahun 1987 hingga 1992) hingga sekarang dengan setiap fasa diselitkan cerita lalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Nabila Razali Menyanyi Lagu Siti Nurhaliza, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Memang Banyak Improve Dia Ni…”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts