Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Aisha Retno Bersuara Isu Konsert Solo Dibatalkan Saat Akhir

    [VIDEO] Aisha Retno Bersuara Isu Konsert Solo Dibatalkan Saat Akhir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi, Aisha Retno tampil memberikan penjelasan berhubung isu pembatalan Konsert Malam Sutera Aisha Retno di Zepp Kuala Lumpur selepas pihak penganjur, Kharisma Music International mengumumkan pembatalan konsert tersebut di media sosial.

    Ragu-Ragu Dengan Tawaran Pihak Penganjur

    Aisha, menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, menyatakan bahawa dia pada mula-mulanya ragu-ragu untuk menerima tawaran oleh pihak penganjur disebabkan dirinya yang masih hijau di dalam industri nyanyian, namun dia menerima tawaran berkenaan setelah diyakinkan oleh pihak yang terlibat.

    “Untuk offer pelaksanaan konsert ini, Aisha memang sangat ragu-ragu bila pihak penganjur yakin untuk mengadakan konsert tunggal Aisha. Aisha berkata kepada mereka, masih sangat-sangat baru dan hijau dalam industri dan saya rasa saya perlu banyak belajar dan kumpul aset dari segi lagu dan sebagainya.

    Tetapi apabila pihak penganjur yakin dengan offer itu, saya pun serta-merta terima. Tetapi, apabila sudah jadi macam ini, penting untuk saya dedahkannya kerana konsert ini membawa kesan cukup besar dalam hidup saya dari segi saya terpaksa menolak dan menarik diri daripa beberapa acara dan festival kerana sebahagian syarat perjanjian.”-kata Aisha di Instagram

    “Saya Sebenarnya Tiada Perancangan Untuk Mengadakan Konsert…”

    Tambahnya lagi, dia sebenarnya tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan konsert pada tahun ini disebabkan baru sahaja menyelesaikan beberapa acara besar dan memerlukan masa untuk berehat.

    “Saya sebenarnya tiada perancangan untuk mengadakan konsert tunggal disebabkan saya baru sahaja melaksanakan beberapa hal yang besar untuk saya juga seperti Anugerah Juara Lagu, The Hardest Singing Show, dan lain-lain. Jadi saya sebenarnya memerlukan sedikit waktu untuk berehat dan melakukan showcase kecil-kecilan.”-kata Aisha

    View this post on Instagram

    A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)

    Dalam pada itu, Aisha sempat memohon maaf kepada peminatnya yang sudah membeli tiket konsert yang sepatutnya berlangsung pada minggu hadapan, namun tidak berlaku seperti yang dirancang.

    Apa komen anda?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts