Penyanyi Aisha Retno berkongsi momen diundang menyanyi di majlis perkahwinan penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini pada Jumaat lalu.
Artikel berkaitan: Aisha Retno Berterima Kasih, Nyanyian Pelat Leona Lonjakkan Tontonan Lagu ‘Ketipak Ketipung Raya’ – ‘Kesilapan Itu Comel & Tak Dibuat-Buat’
Artikel berkaitan: Impian Jadi Kenyataan! Aisha Retno Bakal Beraksi Di Indonesia Selepas Raih Kemenangan Di AJL38
Mahalini jemput ‘last minute’
Menerusi perkongsian di TikTok Era, Aisha memberitahu Mahalini menjemputnya di saat akhir untuk membuat persembahan di majlis resepsinya itu.
Sebenarnya last minute Mahalini jemput saya masa minggu lepas. Dia kata datang lah, datang lah dia suruh nyanyi semua.
Okay of course saya nak sebab macam nak hargai dia dan saya juga peminat tegar dia. Selepas saya turun sana (Jakarta), masa dekat wedding tu, dia suruh saya nyanyi.
Aisha yang menyanyikan lagu W.H.U.T itu dipercayai lagu kesukaan Mahalini.
Katanya lah itu lagu favorite Mahalini. Saya pun okay je.
Terdahulu, Aisha memuat naik video di TikTok miliknya yang mendedangkan lagu W.H.U.T di majlis perkahwinan Mahalini dan Rizky Febian yang berlangsung di Jakarta.
@aisharett What a wedding Mahalini and Rizky #beRMuara ? W.H.U.T (Wanna Hold U Tight) – Aisha Retno