Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Aisha Retno Mengaji Raih Pujian-“Sebab Tu Jangan Menilai Luaran, Dalaman Mereka...

    [VIDEO] Aisha Retno Mengaji Raih Pujian-“Sebab Tu Jangan Menilai Luaran, Dalaman Mereka Penuh RAHSIA”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam atau lebih dikenali sebagai Aisha Retno yang merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu popularnya, “Mengikat Jiwa”. Selain itu, beliau turut menjadi salah seorang daripada 24 penyanyi amatur Vokal Mania. Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat dan telah memenangi tempat ketiga.

    Mewarisi bidang muzik daripada ibunya yang berwarganegara Indonesia, Jean Retno Aryani yang merupakan bekas penyanyi era 1980-an sezaman dengan Hetty Koes Endang, Kerjaya muzik profesional Aisha bermula apabila beliau mengikat kontrak bersama Sony Music Malaysia,

    Baru-baru ini, pada AJL 38, Aisha Retno telah berjaya memukau rakyat Malaysia dengan persembahan lagu ‘Sutera’ sehingga membawa pulang hadiah kategori persembahan terbaik dan tempat kedua lagu terbaik. Sejak dari itu, nama Aisha Retno semakin dikenali ramai.

    “MasyaAllah, Bukan Hanya Pandai Menyanyi Tapi Pandai mengaji Juga”

    Baru-baru ini, tular satu vidoe yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @lilysufy yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 183 ribu, tanda suka sebanyak 9,591 dan sebanyak 171 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Aisha Retno yang mengaji di dalam rancangan ‘Geng Ngaji’ anjuran ASTRO secara visual.

    @lilysufy

    Yay boleh dengar Aisha Retno mengaji, bertarannum dan menyanyi sekali 🤭 Kalau Aisha boleh, anda pun boleh hehe. Jangan lupa join Geng Ngaji setiap hari pukul 6-7 petang ya.. Call kami atau tonton di Astro Oasis atau youtube Astro Gempak Geng Ngaji 😊❤️ #aisha #aisharetnosutera #sutera

    ♬ original sound – Lilysufy Shop – Lilysufy Shop

    Rata-rata ramai yang kagum melihat cara Aisha Retno mengaji itu. Mereka juga mengatakan bahawa Aisha Retno seorang yang sangat berbakat bukan hanya dalam nyanyian, akan tetapi dalam mengalunkan ayat suci Al-Quran.

    ALSO READ:  Nina Ismail Sabri Dilamar Kawan Baik, Kongsi Momen Bahagia Disarung Cincin – ‘Persahabatan 13 Tahun Kepada Cinta Seumur Hidup’

    Apa-apa pun, semoga kta semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts