Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Aishah Hijanah & Aliff Teega Kongsi Pengalaman Bantu Siasatan SPRM –...

    [VIDEO] Aishah Hijanah & Aliff Teega Kongsi Pengalaman Bantu Siasatan SPRM – ‘Sangat Profesional & Kami Dijaga Dengan Baik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    aisyah alif sprmaisyah alif sprm

    Pasangan pempengaruh, Aisyah Hijanah dan Aliff Teega berkongsi tentang pengalaman mereka semasa membantu siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

    Pengalaman bantu siasatan

    aisyah alif sprmaisyah alif sprm

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Aisyah dan Aliff dilihat sedang mempromosikan tudung keluaran jenama mereka sambil menceritakan pengalaman tersebut.

    Menurut Aisyah, pihak SPRM memberi layanan yang baik dan menyifatkan organisasi itu sangat profesional sepanjang mengendalikan kes mereka.

    Alhamdulillah, ini adalah perkara yang boleh kami puji, segalanya dilakukan dengan sangat profesional dan pihak SPRM menjaga kami dengan sangat baik.

    Jaga makan minum dan tidur kami dengan baik. Saya masih ingat, walaupun hanya sedikit sakit tapi mereka bawa ke klinik.

    Aisyah kemudian menjawab pertanyaan warganet tentang proses tahan reman yang dilakukan untuk membantu siasatan.

    Penahanan itu adalah reman untuk bantu siasatan, belum dijatuhkan pertuduhan bersalah. Mungkin ramai yang ingat pakai gari dan baju oren sudah bersalah.

    Difahamkan mereka digari kerana ia adalah prosedur yang perlu dipatuhi.

    Dalam pada itu, Aliff juga memuji para pegawai SPRM selain bercerita tentang pengalamannya semasa memberi kerjasama untuk membantu siasatan.

    Kami ke sana untuk bantu siasatan, kami beri apa sahaja dokumen yang mereka minta dan keterangan pun kami beri.

    Kami duduk dalam ruangan pejabat, ada penghawa dingin. Alhamdulillah kami dilayan dengan baik. Apa yang pegawai SPRM makan, itulah apa yang saya makan.

    Kami diberi peluang untuk selesaikan dulu hal anak-anak selepas itu barulah kami bantu siasatan.

    Jaminan itu biasa, bila kita bantu siasatan kita boleh dijamin.

    Meskipun berdepan dengan ujian yang besar, namun pasangan pempengaruh itu tetap berfikiran positif dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

    Saya ambil ia sebagai satu pengalaman dalam hidup. Pada usia 26 tahun kita rasai pengalaman yang begitu, sebelum ini kita ingat hidup kita selesa jadi kali ini Allah bagi rasa. Ini adalah pengalaman dan pengajaran untuk kami supaya menjadi manusia yang lebih matang.

    Kita bagi kerjasama yang baik untuk bantu siasatan.

    Semoga menjadi pengajaran dan pedoman untuk semua. Sekarang pun biar pihak berkuasa lakukan siasatan.

    Terdahulu, media melaporkan pasangan suami isteri yang juga pempengaruh Islamik itu ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengenai salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

    ALSO READ:  Haidar Hasanudin Pernah Ditawar RM50k Oleh ‘Mak Datin’ – ‘Dia Nak Beri Kereta Kalau Saya Jadi Teman Rapatnya’

    Perintah tahanan reman yang bermula pada 11 hingga 14 Julai itu dikeluarkan Hakim Majistret Irza Zulaikha Rohainuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya.

    Mereka kemudiannya diperintahkan untuk sambung reman selama tiga hari sehingga 16 julai selepas permohonan dibuat SPRM.

    Menurut peguam yang mewakili pempengaruh berkenaan, Abd Rahim Ali, dua anak guamnya direman di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.

    Mereka serta dua lagi individu lain kemudian dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM100,000 setiap seorang.

    Bukan itu sahaja, mereka berempat juga perlu melapor diri ke pejabat SPRM sebulan sekali sehingga siasatan mengenai kes dakwaan melibatkan mereka berdua selesai.

    @official

    Ohhhh rupanya Aishah dengan Aliff Teega la haritu ea? Kekal positif ?? # #sembangentertainment #aishahhijanah #aliffteega #kongsi #pengalaman #kena #tahan #dengan #sprm

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts