Personaliti media sosial Aisyah Hijanah memuat naik video dirinya sedang membuat kek brownies sempena ulang tahun kelahiran suami tercinta iaitu Alif Teega, hari ini.
Terima kasih atas segalanya
Menurut Aisyah, sebelum ini Alif pernah membuatkan kek coklat untuknya sempena hari lahir. Oleh sebab itu, kali ini gilirannya pula membuat kek brownies untuk Alif.
Last time, Alif buatkan kek coklat utk birthday Aisyah. Hari ini my turn to make him a handmade cake. Bila buat dengan tangan sendiri rasanya lain. Doa dan harapan yang baik sambil tangan sibuk buat kek.
Buat @alifteega , Selamat ulang tahun. Tidak ada kata yang lebih besar melainkan “terima kasih atas segalanya”.
Selain memuat naik video, Aisyah turut menitipkan ucapan sweet buat suaminya. Ujar Aisyah, doanya sebagai seorang isteri tidak pernah terhenti buat Alif walau apa pun yang terjadi
Semoga Allah merahmati mu dan memberi kehidupan yang baik di dunia & akhirat buatmu. Semoga Allah menguatkan hubungan ini tanpa sebarang gangguan di dunia dan akhirat. Terima kasih kerana kerana kekal ada di saat jatuh bangun. Semoga setiap pengorbanan dibalas dengan syurga kelak. Tunggu next surprise okay!
Video
View this post on Instagram