Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Aisyah Hijanah's 100% Ownership of Company Validated by Court, Alif Teega...

    [VIDEO] Aisyah Hijanah’s 100% Ownership of Company Validated by Court, Alif Teega Laughs When Asked What Second Wife Receives as Inheritance

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


     

    Aisyah HijanahAisyah Hijanah

    Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah meluahkan rasa syukur apabila proses pembahagian harta sepencarian bersama suami, Alif Teega selesai dibicarakan.

    Harta sah milik Aisyah

    Aisyah HijanahAisyah Hijanah

    Ketika ditemui , Aisyah atau nama lengkapnya Aisyah Hijanah Azhari, 29, berkata, syarikat Hijanah yang diusahakan bersama suami kini sepenuhnya menjadi miliknya.

    Hari ini (Isnin) kita baru sahaja habis perbicaraan untuk kes harta sepencarian yang kita sudah persetujui sebelum ini.

    Hari ini selesai sudah semua dan disahkan oleh hakim. Syarikat Hijanah sebelum ini kita uruskan bersama tapi Alhamdulillah Alif pun sudah serahkan sepenuhnya atas nama saya.

    Aisyah berkata demikian ketika ditemui selepas selesai prosedur harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Isnin.

    Sementara itu, Alif berkata, pemberian syarikat tersebut bukan menunjukkan isterinya seorang yang tamak, sebaliknya berkata selayaknya diberikan kepada Aisyah.

    Apa yang kita buat hari ini bukan menunjukkan isteri saya tamak, nak bolot semua.

    Selayaknya Aisyah dapat sepenuhnya harta ini. Benda ini sepatutnya dibuat sebelum poligami. Isteri ada hak minta apa yang dia nak.

    Sementara itu, ditanya mengenai pembahagian harta buat isteri kedua yang dikenali sebagai Fatin, Alif sambil tertawa berkata wanita itu mempunyai bahagian tersendiri.

    Rezeki dia (Fatin) ada. Tak semestinya kita bagi (Aisyah) semuanya, Fatin tidak dapat apa. Aisyah sesuai dapat apa yang dia dapat.

    Takkan yang diusahakan ini, yang kedua nak merasa. Biarlah Aisyah uruskan. Dia (Fatin) ada rezeki dia. Ada bahagian dia.

    Sebelum ini, Aisyah mendedahkan segala harta sepencarian bersama suami telah dipindah milik penuh kepada dirinya. Harta sepencarian yang dimaksudkan termasuklah pegangan perniagaan tudung, rumah, kereta dan aset-aset lain.

    ALSO READ:  Kisah Allahyarhamah Sharifah Aini-“Lupakan Hasrat Menjadi Doktor Kerana Ingin Membantu Pendapatan Atuk”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts