Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Aizuddin Hamid Perjelas Hukum Kahwin Tapi Tak Mahu Anak – ‘Rasullullah...

    [VIDEO] Aizuddin Hamid Perjelas Hukum Kahwin Tapi Tak Mahu Anak – ‘Rasullullah Galakkan Ramai Zuriat Untuk Sebar Dakwah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aizudin HamidAizudin Hamid

    Pendakwah dan pempengaruh Islamik yang dikenali sebagai Aizuddin Hamid memberi penjelasan mengenai hukum pasangan suami isteri yang belum bersedia untuk menimang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga.

    Hukum tak mahu ada anak?

    Aizudin HamidAizudin Hamid

    Menerusi perkongsian di TikTok, Aizudin berkata tidak salah untuk pasangan suami isteri membuat perancangan mengenai zuriat, bagaimanapun tidak boleh melawan perancangan yang sudah ditentukan Allah.

    Menurutnya, anak merupakan rezeki yang diberikan Sang Pencipta dan sama sekali tidak boleh menolaknya.

    Apa hukum kahwin tetapi tidak mahu ada anak dulu? Ini lebih kepada perancangan keluarga. Yang penting sudah halalkan hubungan dengan isteri.

    Maka terpulanglah nak buat perancangan mungkin setahun atau dua tahun kemudian baru nak ada anak atau sebagainya.

    Walaupun bagaimanapun, itu hanya perancangan. Boleh jadi Allah ada rancangan yang lebih untuk kamu. Boleh jadi juga dalam beberapa bulan selepas perkahwinan sudah mengandung.

    Maka bila sudah ada rezeki dapat cahaya mata itu, jangan kamu tolak rezeki itu. Sebab kita manusia hanya merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.

    Dalam perkongsian sama, Aizudin turut mengatakan Baginda Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya melahirkan ramai zuriat dan memiliki keturunan untuk menyambung perjuangan dakwah Islam.

    Bahkan sunnah dalam perkahwinan itu sendiri, Rasullullah mahu galakkan kita ada lebih ramai anak. Supaya ramai yang beriman kepada Allah dan menyebarkan lagi agama serta usaha dakwah.

    Sebab itu perlu ada keturunan untuk menyambung tugas perjuangan dakwah Nabi Muhammad di muka bumi ini.

    Video

    @aizuddinhamiid Masa kahwin tapi awal2 ni tak nak anak dulu, nak berdua2 dengan isteri dulu ok tak? ? #aizuddinhamid #tarbiahsentap #tiktokguru ? original sound – Aizuddin Hamid

    ALSO READ:  [VIDEO] Wanita Geram MUA Batal ‘Job’ 10 Minit Sebelum Majlis Mula – ‘Tak Ada Kata Maaf Langsung’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts