Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ajaib! Hanya RM88 Jer Untuk Sampai Ke Kazakhstan? AirAsia X Kembali...

    [VIDEO] Ajaib! Hanya RM88 Jer Untuk Sampai Ke Kazakhstan? AirAsia X Kembali Dengan Promosi Menakjubkan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semalam, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes, telah menarik perhatian umum di media sosial. Ini gara-gara penampilannya memakai pakaian tradisional Uzbekistan, Chapan Robe di dalam sebuah video yang di muatnaik instagram @flyairasia. Ramai yang beranggapan berkemungkinan besar AirAsia X bakal membuka laluan penerbangan ke Uzbekistan.

    Namun, tekaan ini salah! Rupanay beliau mahu melancarkan promosi AirAsia X (AAX) ke Almaty, Kazakhstan akan datang pada 14 Mac 2024 sempena meraikan pelancaran penerbangan pertama. Syarikat penerbangan ini menawarkan tawaran menakjubkan ke Almaty dengan tambang promosi bermula RM88 termasuk semua* sehala. Murah kan?

    View this post on Instagram

    A post shared by Fly AirAsia (@flyairasia)

    Jualan terhad ini bermula pada hari ini pada 16 Februari 2024 dari jam 10:00 pagi hingga jam 6:00 petang (waktu Malaysia) selama lapan jam secara eksklusif tertakluk untuk tempahan awal dan ketersediaan tempat duduk..

    Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata:

    “Kami berbesar hati untuk menawarkan tambang menakjubkan ini ke Almaty kepada pengembara untuk menerokai bandar yang kaya dengan peninggalan warisan sejarah, landskap mempesonakan, dan kepelbagaian budaya. Kazakhstan merupakan destinasi baharu AAX yang mendapat sambutan mengagumkan dan jualan promosi ini membuktikan komitmen kami untuk menawarkan perjalanan lebih lancar dan berpatutan kepada para tetamu, termasuk ke destinasi-destinasi menarik seperti Almaty.

    Kami menjangka permintaan tinggi khususnya daripada golongan pelajar dari Almaty, atau pengembara yang ingin melawat Kuala Lumpur dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama. Kami akan terus mengembangkan rangkaian dan menawarkan perkhidmatan terbaik supaya lebih ramai pengembara dapat melancong dengan tambang menakjubkan pada masa akan datang.”

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts