Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 10, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ajak Shiro Terharu Anak Kerja Keras Walau Tak Cukup Wang Beli...

    [VIDEO] Ajak Shiro Terharu Anak Kerja Keras Walau Tak Cukup Wang Beli Hadiah – ‘Rupanya Nak Kumpul Duit Untuk Babah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, pelawak dan penyampai radio Ajak Shiro telah menyambut hari kelahirannya yang ke-39.

    Kejutan hari lahir

    @ajakshiro_

    Dari dulu Babah sibuk kerja untuk buatkan kamu semua bahagia.. Sampaikan Babah tak perasan, anak-anak Babah dah besar. Rupanya anak-anak Babah juga kerja keras untuk buat Babah bahagia. . Berbeza ulangtahun Babah, kali ni. Bukan pada hadiahnya, Bukan pada keknya, Tapi, pada sambutannya. . Nada dengan hadiah mag nya sebab dia tau Babah suka suruh dia ambil air? . Had dengan hadiah card holdernya sebab dia selalu jaga barang Babah. . Dan, Jad dengan usaha dan kejujuran yang selalu buat Babah tersentuh. . Terima kasih anak-anak Babah. Babah sayang kamu semua. Babah bahagia dengan keluarga sederhana Babah ni? #bumbubabah #anaksoleh #anaksolehah #babah #birthday

    ? original sound – Ajak Shiro – Ajak Shiro

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ajak atau nama lengkapnya Mohd Hanafi Razak menerima kejutan daripada keluarga.

    Paling menyentuh perasaan adalah apabila cahaya mata sulungnya iaitu Jad Thaqif tidak dapat memberi sebarang hadiah kerana wangnya tidak mencukupi.

    Jawapan Jad buatkan babah terharu, patutlah semalam saya nampak Jad kerja sungguh-sungguh.

    Babah perhati dari jauh nampak kesungguhan Jad, sampai babah panggil dan peluk Jad sebab rajin sangat semalam. Rupanya sebab Jad nak kumpul duit beli hadiah babah.

    Meskipun hasrat tidak sesampaian, namun Jad tetap berusaha membahagiakan Ajak dengan meminta staf restoran mereka untuk menyanyikan lagu hari lahir kepadanya.

    Duit tak penting untuk babah, tapi Jad, Had dan Nada segalanya dalam hidup babah. Terima kasih jadi abang yang baik untuk Had dan Nada.

    Terima kasih jadi anak yang hebat untuk babah dan ibu.

    Hargai keluarga

    Dalam masa yang sama, selebriti berasal dari Johor itu sangat menghargai kejutan tersebut yang dilakukan mereka demi menggembirakannya.

    Dari dulu babah sibuk kerja untuk buatkan kamu semua bahagia. Sampaikan babah tak perasan, anak-anak dah besar. Rupanya anak-anak juga kerja keras untuk buat babah bahagia.

    Berbeza ulang tahun babah, kali ni. Bukan pada hadiahnya, bukan pada keknya tapi pada sambutannya.

    Terima kasih anak-anak babah. Babah sayang kamu semua, babah bahagia dengan keluarga sederhana ini.

    ALSO READ:  Michael Ang Selar Tindakan Pempengaruh Berbalah Di Media Sosial Lepas Bercerai – ‘Apa Punya Bod*h Manusia, Macam Budak-Budak’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts