Pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas didakwa menjadi mangsa samun dalam kejadian yang berlaku di Terengganu pada malam Khamis.
Disamun?
Memetik laporan Harian Metro, Akhyar atau nama lengkapnya Muhammad Akhyar Abdul Rashid, 25, cedera dibahagian kepala selepas dipukul individu tidak dikenali.
Bagaimanapun, punca kejadian masih lagi tidak diketahui sama ada bermotifkan rompakan atau dendam. Manakala keadaan terkini pemain itu dilaporkan dalam keadaan stabil.
Terdahulu, tular video Akhyar berada di sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan selepas kejadian tersebut berlaku.
Sementara itu, menerusi pemerhatian di Instagram Akhyar, dia baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 1 Mei lalu.
Sekadar info, Akhyar menyertai Terengganu FC (TFC) pada Februari lalu secara pinjaman dari juara Liga Super 10 kali berturut-turut iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).
Dia yang beraksi di bahagian serangan menjadi sandaran skuad Penyu untuk bergandingan bersama seorang lagi pemain yang dipinjam dari Harimau Selatan, Safawi Rasid.
Video
@shahjaydenTERKINI: Pemain pinjaman JDT ke Terengganu FC iaitu Akhyar Rashid dilaporkan telah disamun dan dipukul dengan cota sebanyak 2 kali dalam satu kejadian samun yang berlaku di Tanjung, Kuala Terengganu malam ini. Beliau ketika ini berada di unit kecemasan hospital untuk mendapatkan rawatan.? original sound – Shah?Jayden