Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment “Aku Bersumpah Untuk Bahagiakan Aaisyah Hingga Akhir Hayatku!”-Luahan Zain Saidin Cetus...

    [VIDEO] “Aku Bersumpah Untuk Bahagiakan Aaisyah Hingga Akhir Hayatku!”-Luahan Zain Saidin Cetus Perhatian!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Mohamad Zain Mohd Saidin atau lebih dikenali sebagai Zain Saidin yang merupakan seorang pelakon dan model di Malaysia. Beliau merupakan adik bongsu kepada Sasha Elite dan berdarah campuran Melayu–Inggeris.

    Zain Saidin telah berlakon beberapa buah drama antaranya Kiah Pekasam, Awan Dania 3 dan yang terbaru ialah Gemersik Kalbu. Beliau juga berlakon dalam siri Oh My English! di saluran Astro TVIQ, di mana beliau memainkan watak sebagai seorang guru Bahasa Inggeris dari United Kingdom.

    Zain Saidin telah berkahwin dengan pelakon Rozita Che Wan pada 13 Disember 2013. Pasangan itu mempunyai anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang kini telatahnya meraih perhatian ramai di laman media sosial.

    “Sentiasa Ingat Anak Walaupun Berjalan Sorang”

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok milik Zain Saidin yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 3.5 juta, tanda suka sebanyak 209 ribu dan sebanyak 1,881 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Zain Saidin yang sedang berjalan di dalam pusat membeli belah namun terlihat sesuatu yang Aaisyah sangat gemarkannya, lalu dia membeli untuk membuat kejutan kepada anak daranya itu.

    “Selagi aku masih mampu, aku bersumpah untuk bahagiakan Aaisyah Dhia Rana binti Mohamad Zain hingga akhir hayatku”-tulis Zain Saidin

    @zainsaidin23

    Selagi aku masih mampu, aku bersumpah untuk bahagiakan Aaisyah Dhia Rana Binti Mohamad Zain hingga ke akhir hayatku. #fypシ #fyp #zainsaidin #duniaakhirat #aaisyahdhiarana #daddysgirl #lotso #toystory #love #family #girlsjustwanttohavefun

    ♬ Pop beat BGM / long version(1283324) – nightbird_bgm

    Rata-rata netizen memuji cara Zain Saidin memanjakan anaknya berbeza dengan cara Che Ta. Apa-apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang taat dan berbakti kepada ibu bapanya.

    ALSO READ:  Naim Daniel Bengang, Selebriti Buat Podcast Merepek Sepatutnya Lebih Bertanggungjawab

    Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts