Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Aku Tak Pernah Cakap Dah Berhenti Berlakon’ – Sharisa Haris

    [VIDEO] ‘Aku Tak Pernah Cakap Dah Berhenti Berlakon’ – Sharisa Haris

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    sharisasharisa

    Pernah dicalonkan Top 5 di Anugerah Skrin 2014 dan antara pelakon yang berbakat, Sharisa Haris kini terpaksa berniaga dan melakukan pelbagai kerja selepas dia tidak lagi aktif sebagai anak seni.

    Penjelasan Sharisa

    sharisasharisa

    Sharisa mendedahkan dia sering mendapat pertanyaan daripada pengikutnya di media sosial tentang mengapa dia berhenti dari menjadi seorang pelakon.

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, aktres itu kemudian menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah meninggalkan dunia lakonan.

    Aku tak pernah letak noktah dalam lakonan. Aku tak pernah cakap aku dah berhenti berlakon..tak pernah umumkan pun sebab untuk berhenti berlakon.

    Ia berlaku sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Dalam pada itu, Sharisa juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pengarah Shahrulezad Mohameddin yang menghargai bakatnya.

    2019 kali terakhir penggambaran dengan abang Ijat. Dia macam abang, bagi banyak peluang dan percaya dekat aku yang mana orang lain tak pandang pun. Dia percaya dengan bakat aku dan cuba untuk asah bakat aku juga. Bersyukur sangat.

    Kalau abang nampak ini, saya sangat bersyukur dan berterima kasih di atas peluang yang abang bagi.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai yang mengenali Sharisa menerusi drama Teduhan Kasih.

    Dalam masa yang sama, mereka juga berharap agar Sharisa dapat kembali menjadi seorang pelakon kerana merindui akan bakatnya.

    Sekadar info, antara drama lakonan Sharisa adalah Monalisa, Aurora Aisyah, Adellea Sofea dan banyak lagi.

    @sharisaharis

    Thank you for everything abang @budakijat & @Radius One . I owed you????

    ? Masa Laluku – Kangen Band

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  [VIDEO] Khairul Aming Bertemu PM New Zealand, Peminat Teruja!-“Dah Level-Level Menteri Ni…”
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts