Siapa yang tidak kenal Saidatul Naseha Uyaina Arshad atau lebih dikenali sebagai Uyaina Arshad yang merupakan seorang pengacara, pelakon, dan model Malaysia. Beliau mula memulakan kerjaya dalam industri hiburan sebagai pelakon teater, dan telah dinobatkan sebagai juara Pencarian Nona Manis 2015 anjuran TV3. Terkenal sebagai pengacara di program Nona dan Wanita Hari Ini.
Uyaina telah menjadi Juara dalam Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018, mengalahkan 17 peserta dari 6 negara, termasuk Indonesia, Malaysia, Singapura, Turki, Brunei, dan Timor Leste.
Kerjaya Uyaina telah berkembang tidak hanya di Malaysia tetapi juga di Indonesia selepas kemenangannya dalam Puteri Muslimah Asia. Dengan lebih daripada 1 juta pengikut di Instagram, beliau kini menjadi ikon wanita muda yang semakin popular.
“Tengok Banyak Kali, Tak Padan Dengan Bawa Perut Hahaha”-Netizen
Video yang dimuat naik di TikTok milik Uyaina Arshad baru-baru ini mendapat perhatian ramai. Video tersebut telah ditonton lebih dari 1.1 juta kali, mendapat lebih daripada 38 ribu suka dan 337 komen.
Video tersebut menunjukkan Uyaina Arshad membuat trend TikTok raya dengan lagu raya terbaru dari kumpulan DeFam yang sedang popular.
@uyaina.arshad ALAMAKKKKKK!! 😱😜😝 Lagu baru De Fam ni sangat best ya kawan2! 🤣 Congrats Manggis, Azira & Sophia! Loveeeeee! Btw, bagi channn laaa bumil ni nak ber-alamak ya… Tapi konsep dia, perut pergi dulu 😂🤣 Btw, tudung & Baju Kurung dari @Ariani.os 🥰 #Raya #Alamak
♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam
Kebanyakan netizen terhibur dengan video tersebut dan memberi komen yang positif. Mereka juga terkejut melihat bonjolan perut Uyaina Arshad dalam video tersebut dan tidak menyangka beliau sedang mengandung lagi.
Rezeki adalah daripada Allah. Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam hidup ini, di dunia dan juga di akhirat. Apa pendapat anda?