Nama atlet Perancis iaitu Anthony Ammirati menjadi perhatian ramai susulan aksinya ketika mewakili acara lompat bergalah di Sukan Olimpik 2024, baru-baru ini.
Ammarati ditawar RM1 juta?
French athlete Anthony Ammirati failed the 5.70 height pole vault because of his asset. #IKYK #Paris2024???
— @pauloinmanila and 99 others (@pauloMDtweets) August 3, 2024
Difahamkan, Ammirati telah gagal melepasi ketinggian 5.7 meter pada percubaaan ketiga gara-gara alat sulitnya terkena pada palang.
Aksi tersebut telah tular di media sosial sehingga ramai wargamaya menyifatkan insiden tersebut mencuit hati.
Terbaharu, Naib Presiden CamSoda iaitu Daryn Parker menawarkan wang berjumlah $250,000 iaitu kira-kira RM1.1 juta kepada Ammirati untuk mempamerkan alat sulitnya selama 60 minit menerusi ‘cam show’.
Walaupun kamu tidak membawa pingat emas, kamu masih boleh merampas emas daripada peminat melalui CamSoda. Itu masih dikira untuk sesuatu bukan?
Kamu juga tak ada halangan dengan seluar pendek, kamu boleh lepaskan dan tunjukkan semuanya tanpa ragu.
Bagaimanapun, Ammirati masih belum memberi sebarang keputusan berhubung tawaran tersebut.