Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ali Puteh Sebak Peluk Hamzah Setelah Empat Tahun Tak Berjumpa –...

    [VIDEO] Ali Puteh Sebak Peluk Hamzah Setelah Empat Tahun Tak Berjumpa – ‘Boleh Saya Cium Anak Buah Saya?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Selepas hampir empat tahun berdepan dengan konflik bersama balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Hamzah, pelawak Ali Puteh akhirnya dapat berjumpa dan bertemu dengan anak saudaranya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

    Ali gagal tahan sebak

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

    Menerusi hantaran dimuat naik Hidayah di Instagram (IG), Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dilihat gagal menahan sebaknya sewaktu meminta izin untuk memeluk dan mencium anak saudaranya itu.

    Ali yang juga merupakan Adik arwah Abam itu dilihat turut menghulurkan sejumlah wang saku buat Hamzah sebelum memperkenalkan anak saudaranya itu kepada anak-anaknya.

    Hamzah mari sini, pak ngah (Ali) tak ada apa-apa nak bagi tapi ini duit belanja buat Hamzah ya.

    Boleh ya saya cium anak buah saya? Empat tahun saya tak pernah tengok dia dan ini merupakan kali pertama.

    Boleh saya cium ya? Hamzah jadi orang baik tau, nanti jumpa saudara-mara lain di Gombak.

    Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkongsi video dirinya hadir dan bertentangan mata dengan kakak iparnya bagi melangsaikan tuntutan saman bernilai RM75,000.

    Walau bagaimanapun, urusan tersebut dilihat masih lagi belum selesai selepas pihak Hidayah mahu ahli kumpulan Puteh itu melakukan pembayaran tuntutan saman melalui peguamnya.

    Sekadar info, Ali terpaksa menjual tujuh trofi kemenangannya bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kakak iparnya.

    Antara trofi yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan beberapa lagi.

    Selain itu, Ali turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya.

    ALSO READ:  [VIDEO] Alejandro Garnacho & Andre Onana Ucap ‘Get Well Soon’ Buat Faisal Halim – ‘Stay Strong, We Are With You’

    Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts