Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ali Puteh ‘Tepek’ Netizen, Sibuk ‘Membawang’ Isu Jep & Shuib Sepahtu...

    [VIDEO] Ali Puteh ‘Tepek’ Netizen, Sibuk ‘Membawang’ Isu Jep & Shuib Sepahtu – ‘Bukan Urusan Kau Pun’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelawak, Ali Puteh mencuri perhatian apabila menjawab pertanyaan netizen mengenai kemelut yang berlaku antara dua pelawak, Jep dan Shuib Sepahtu menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

    ‘Tak perlu sibuk hal orang’

    @sheriiff88 Paduuu…Jawapan Ali..Amek kau nyibuk jea…hahaha… #fyp #fyp??viral #fypage ? Silent – Silent iPhone Ringtones

    Menerusi potongan video yang dimuat naik @sherriff, Ali yang sedang menjual sambal petai enggan mengulas lebih lanjut mengenai kemelut itu selepas isu tersebut dibangkitkan salah seorang pengikutnya.

    Kalau Jep gaduh dengan Shuib pun bukan urusan kau (yang bertanya). Tak perlu sibuk-sibuklah.

    Ini tidak siap cakap, ‘Eh Jep memang gaduh dengan Shuib lah, diorang ada macam-macam masalah’. Tak ada masalah aku (nak campur).

    Aku ini dahlah baru selesai masalah selepas empat tahun, ini kau nak suruh masuk campur pula.

    Pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ini turut menasihatkan orang ramai untuk tidak terlalu menjaga tepi kain orang lain sebaliknya memberikan fokus terhadap kehidupan seharian masing-masing.

    Korang yang duduk di rumah itu, duduklah diam-diam. Ini tidak, sibuklah nak tahu.

    Pergi je kerja lepas itu balik kerja, hujung bulan ambil gaji. Tak payah nak sibuk dengan urusan orang. Kalau betul diorang bergaduh, diorang bukan kenal kau pun.

    Aku pelik betul (dengan diorang), sibuk betul nak tahu. Aku tengah sibuk-sibuk kopek petai, tumis sambal habis tertinggal semuanya.

    Takkanlah aku nak kena tutup meniaga empat hari semata-mata nak ambil tahu pasal kes diorang.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang lain bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh Ali yang tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

    ALSO READ:  Ibarat Peluang Kedua, Hafidz Roshdi Syukur Dapat Tawaran Berlakon – ‘Semoga Ini Jadi Titik Tolak Untuk Saya Kembali Aktif’

    Komen netizen

    Terdahulu, Jep Sepahtu mencuri tumpuan apabila memuat naik hantaran di laman IG meluahkan rasa kecewa berikutan namanya telah digunakan sebagai konten di dalam sebuah podcast.

    Jep turut kesal dengan tindakan beberapa orang rakan selebriti yang didakwa sengaja meraih perhatian dengan menceritakan tentang perihal dirinya.

    Sementara itu, pelawak Mamat Sepah dilihat memuat naik bait lirik lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian asal kumpulan rock lagenda, Olan menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).

    Bukan itu sahaja, Shuib dilihat turut memuat naik satu hantaran dengan hanya menulis ‘A Plus’ menerusi IG Storynya.

    Menerusi pengamatan , kedua hantaran tersebut dibuat beberapa jam selepas perkongsian Jep Sepahtu di IG.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts