Pempengaruh Islamik, Alif Teega mendedahkan dirinya terkejut dengan berita mengatakan isterinya, Aisyah Hijanah telah memfailkan penceraian pada Ogos lalu.
Dapat tahu dari mana?
View this post on Instagram
Terbaharu, Alif yang memuat naik video mesra dirinya berniaga bersama Aisyah di Instagram (IG), mempersoalkan segelintir netizen yang seakan pelik melihat kemesraannya bersama isteri.
Menurut Alif, dia sama sekali tidak tahu-menahu memandangkan isterinya tidak memuat naik apa-apa maklumat mengenai isu itu di media sosial.
Dapat mana cerita (fail penceraian) itu?
Alif tak ada cakap dan Aisyah pun tak ada post apa-apa.
Walau bagaimanapun, menerusi tinjauan , Alif telah memadam komen yang ditulisnya itu selepas meraih perhatian netizen.
Terdahulu, hantaran yang dimuat naik Alif meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya pelik melihat kemesraannya bersama Aisyah meskipun terpalit dengan isu bakal bercerai.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa Alif dan Aisyah hanya menjadikan isu itu sebagai satu gimik untuk menaikkan semula nama mereka yang terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini.
Sekadar info, Alif dan Aisyah atau nama sebenarnya Aisyah Hijanah Azhari mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
Imbas kembali, Aliff berkahwin buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung pada 18 November tahun lalu.