Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Aliff Aziz & Bella Astillah Bercerai Hari Ini?

    [VIDEO] Aliff Aziz & Bella Astillah Bercerai Hari Ini?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    aliffaliff

    Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz tiba di mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur pada jam 12.25 tengah hari bagi mendengar keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Khamis.

    Selesai cara baik

    aliffaliff

    Aliff yang mengenakan baju kemeja berwarna putih kelihatan tenang berjalan sambil ditemani bapanya dan dua orang pengawal peribadi.

    Bagaimanapun aktor itu enggan berkata-kata apa, sebaliknya hanya tersenyum ketika diajukan pertanyaan mengenai harapan oleh pengamal media.

    Sementara itu, selang beberapa minit, isteri Aliff iaitu aktres dan penyanyi Bella Astillah,30, hadir dengan ditemani beberapa orang ahli keluarga termasuk ibunya, Zarina Astillah.

    Saya dah lambat, kita tunggu nanti keputusan dia. Doakan yang baik-baik untuk saya.

    Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata, kedua belah pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan kes perceraian dengan cara baik.

    Sepatutnya hari ini mendengar laporan JKP. Tetapi kedua-dua pihak bersetuju untuk selesai secara baik.

    Terma-terma penyelesaian akan diberitahu dalam mahkamah. Insya-Allah (akan ada gambaran perceraian hari ini)

    Terdahulu, Aliff tidak bersetuju dengan permohonan cerai yang difailkan Bella atas alasan masih sayangkan keluarga.

    Pasangan itu kemudian diminta hadir ke mahkamah pada 4 Jun lalu bagi mendengar keputusan laporan JKP. Namun, prosiding tersebut ditunda ke 13 Jun atas perintah mahkamah.

    Pada prosiding sebutan kedua permohonan cerai difailkan Bella sebelum ini, Aliff memberitahu, dia perlukan masa untuk berfikir sebelum membuat keputusan.

    Imbas kembali, Bella memfailkan perceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 11 Mac lalu.

    Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

    @official

    Aliff Aziz diiringi dengan beberapa pengawal peribadi di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur # #news #fyp #aliffaziz

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    ALSO READ:  Nurul Shuhada Belum Terbuka Hati Untuk Kahwin, Mahu Jodoh Yang Patuh Agama Allah – ‘Bukan Munafik, Kaki Pukul & Penipu’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts