Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Aliff Aziz & Bella Astillah Cerai Kali Kedua, Tiada Peluang Ke-12

    [VIDEO] Aliff Aziz & Bella Astillah Cerai Kali Kedua, Tiada Peluang Ke-12

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ceraicerai

    Selepas berdepan dengan beberapa siri kontroversi, penyanyi dan pelakon Singapura iaitu Aliff Aziz akhirnya menceraikan isterinya, Bella Astillah dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.

    Talak satu

    aliffaliff

    Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz membacakan lafaz cerai tersebut di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamad.

    Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Bella Astillah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

    Kemudian, Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat mensabitkan berlakunya perceraian dan memerintahkan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah menjalani tempoh idah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

    Bella, 30, yang baru saja pulang dari Jakarta pada pagi Khamis diwakili Peguam Syarie Azmi Mohd Rais manakala Aliff, 33, atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz diwakili Peguam Syarie Abdul Hadi Mohamad Salleh.

    Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula apabila penyanyi asal Singapura itu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

    Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada empat hari kemudian.

    Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

    Aliff kemudiannya enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya itu pada 4 April lalu dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

    Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

    ALSO READ:  Khairul Aming Menguruskan Jumlah Makanan Seimbang Semasa Ramadan untuk Menjaga Berat Badan Ideal

    Bella dan Aliff juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts