Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Aliff Aziz Dedah Ibu Tak ‘Judge’, Anggap Bella Curang Sebagai Kifarah...

    [VIDEO] Aliff Aziz Dedah Ibu Tak ‘Judge’, Anggap Bella Curang Sebagai Kifarah – ‘Saya Maafkan Awak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    aliff bella umialiff bella umi

    Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz menganggap tindakan isterinya, Bella Astillah berlaku curang dengan aktor, Muaz Zabir sebagai kifarah.

    Saya tak marah

    Menerusi temu bual bersama The Common Folks, Aliff atau nama lengkapnya Mohammad Aliff Aziz berkata ketika perbincangan yang diadakan di bilik sebuah hotel, dia berada dalam keadaan tenang.

    Kata Aliff, 33, dia merasakan ini adalah teguran untuk dirinya selepas sebelum ini berulang kali melakukan kesalahan dalam perkahwinan.

    Saya maafkan awak sekiranya awak ingin berubah dalam perkahwinan. Saya anggap ini sebagai kifarah. Untuk tahun-tahun lepas yang saya telah lakukan kesalahan, ini yang isteri saya rasai pada masa itu.

    Nak bandingkan dengan apa yang saya rasa, pasti lebih teruk apa yang dia rasa selama bertahun-tahun. Mungkin Tuhan nak kejutkan.

    Saya tak ada marah-marah. Saya cakap, ‘saya maafkan awak but I need to see you want this work.’

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Sayang Sayang’ berkata ibunya, Siti Hafizah juga berlapang dada menerima kekhilafan Bella dan menganggap apa terjadi ada hikmahnya.

    Dan mak saya pun cakap dekat Bella, ‘Jangan risau Bella, umi tak ada judge Bella apa-apa. Kita anggap semua ini ada hikmah. Kita doakan agar semua ini berjalan dengan lancar. Whatever decision we made.’

    Terdahulu, Bella mendakwa Aliff telah berlaku curang. Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, EriqaAstillah.

    Bella kemudian memfailkan perceraian pada 13 Mac lalu selepas Aliff dan Ruhainies ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah.

    Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.

    ALSO READ:  ‘Tak Perlu Risau, Aliff Sayang Awak Sebab Tu Dia Tinggalkan Kami..Awak Boleh Ambil Dia’ – Bella Astillah

    Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

    Video

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts