Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz membuka mulut berhubung isu membabitkan dirinya.
‘Kita tutup buku ni dan move forward’
Menerusi temu bual bersama The Common Folks, Aliff akui dia mendiamkan diri selama ini kerana menyedari kesilapan yang dilakukan dan enggan isu itu terus menjadi panas.
Saya adalah penyebab segala benda ni berlaku dan orang terakhir yang bercakap, adalah orang yang salah. Bila semua orang dah bercakap, inilah masa untuk saya pula yang bercakap.
Bukan untuk menegakkan benang yang basah tapi ini adalah kebenarannya. Semoga ianya memberi kebaikan kepada semua termasuk diri saya, kita tutup buku ni dan move forward.
Dalam pada itu, Aliff akui kekesalannya kerana mendedahkan aib isterinya yang didakwa berlaku curang dengan pelakon baharu Muaz Zabir.
Ujar Aliff, dia akui tidak dapat mengawal emosinya pada ketika itu sehingga nekad mendedahkan kepada umum.
Pada masa tu, saya rasa orang ramai kena tahu yang Bella pun manusia biasa. Saya nak kongsi dan beritahu saya juga merasai kesakitan tu.