Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Aliff Aziz Guna Duit Simpanan Untuk Sara Diri, Dakwaan Ruhainies Bela...

    [VIDEO] Aliff Aziz Guna Duit Simpanan Untuk Sara Diri, Dakwaan Ruhainies Bela Adalah Fitnah Berat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    RuhainiesRuhainies

    Pelakon Ruhainies menyangkal dakwaan netizen yang mendakwa dia menanggung kehidupan penyanyi dan aktor Aliff Aziz selepas sah bercerai dengan bekas isteri, Bella Astillah.

    Tanggung hidup Aliff?

    RuhainiesRuhainies

    Menurut pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan fitnah semata.

    Katanya, penyanyi kelahiran Singapura itu mempunyai sumber kewangan dan simpanan sendiri untuk menanggung kehidupan.

    Itu fitnah yang sangat-sangat berat dan benda itu sudah tentu tidak benar. Selama ini Aliff punya job tawaran berturut-turut, takkanlah duit dia cepat habis ataupun sudah habis.

    Ruhainies berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui sejurus perbicaraan kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Dalam pada itu, disoal mengenai sumber kewangan ketika ini, Ruhainies menjawab dia masih mempunyai pekerjaan.

    Alhamdulillah saya ada projek macam biasa dan saya tidak mahu kongsi dahulu. Nanti tengoklah di media sosial apa yang saya buat.

    Sementara itu, Aliff pula memberitahu dia ketika ini memilih untuk berehat seketika daripada menerima sebarang tawaran lakonan dan nyanyian. Kongsinya, dia akan menggunakan wang simpanan untuk meneruskan kehidupan.

    Alhamdulillah saya masih ada simpanan saya yang sebelum ini dengan tawaran yang ada. Masih ada (duit) dan doakan yang baik baik untuk semua.

    Imbas kembali, Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan berkhalwat di sebuah kondominium mewah yang terletak di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

    Pada 20 Jun lalu, mereka hadir ke mahkamah bagi lanjutan bos jaminan berkenaan kes khalwat terbabit.

    Perbicaraan ditangguhkan pada 17 Oktober depan dan bon jaminan untuk kedua-duanya juga dilanjutkan.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  ‘Jangan Main Perasaan Wanita, Tak Baik’ – Alif Satar
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts