Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Aliff Aziz Nafi Ibu ‘Backup’, Dedah Selalu Pertahankan Bella – ‘Menantu...

    [VIDEO] Aliff Aziz Nafi Ibu ‘Backup’, Dedah Selalu Pertahankan Bella – ‘Menantu Dia ‘Call’ Dua Pagi Mengadu Pun Dia Jawab’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Setelah hampir sekian lama mendiamkan diri, pelakon dan penyanyi Singapura iaitu Aliff Aziz tampil bersuara mengenai kemelut rumah tangga yang berlaku.

    Nafi ibu ‘backup’

    Terbaharu, Aliff tampil memberikan komen mengenai dakwaan yang mengatakan ibu, Siti Hafizah Basharahil mempertahankan dirinya meskipun sudah melakukan beberapa kesilapan sepanjang mendirikan rumah tangga menerusi sesi podcast bersama The Common Folks SG, 

    Pemilik nama Mohammad Aliff Aziz ini menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan ibunya bukanlah seorang insan yang akan mempertahankan anak jika mereka melakukan kesalahan.

    Apa yang aku boleh cakapkan ialah Umi (ibu) tak ‘backup’ aku.

    Aku rasa, sebagai seorang ibu mungkin dia nampak kehidupan anak dia ini sedang jatuh. Jadi, apa orang luar sana ‘expect’ mak aku buat?

    Izinkan aku kongsi sikit karakter Umi aku. Umi aku seorang yang jenis kalau anak dia buat salah, tetap salah dan Bella pun tahu benda ini.

    Kami dah bersama lapan tahun dan banyak kekhilafan yang aku dah buat. Ada beberapa ketika sampaikan Umi pernah suruh aku keluar rumah untuk aku selesaikan sendiri masalah aku.

    Dalam erti kata lain dia seorang yang sentiasa berada di belakang menantu dia. Umi sejenis yang begitu, apa yang salah tetap salah.

    Dalam pada itu, Aliff memaklumkan dia berasa sangat terkilan dengan Bella yang bercakap buruk tentang ibunya menerusi satu sesi temu bual bersama media.

    Menurut Aliff, Bella sepatutnya bersikap adil dan menceritakan kebaikan yang diberikan ibunya sepanjang lapan tahun perkahwinan mereka.

    Apabila Bella dijemput untuk buat satu sesi temu bual, aku agak terkilan apabila nama mak aku ‘dibawa’ masuk ke dalam temu bual tersebut.

    Pada aku, bila Bella cakap soal buruk tentang Umi jadi, dia juga perlu beritahu orang ramai apa yang ibu aku dah buat untuk dia sepanjang lapan tahun kami bersama.

    Bukan aku nak menangkan Umi ke apa tetapi aku pernah tak bercakap dengan mak aku berbulan-bulan sebabkan kekhilafan dan kesalahan aku.

    Mak aku tak pernah terima kesalahan yang aku buat sebelum-sebelum ini.

    Bila aku tengok mak aku diperkatakan sebegitu rupa selepas hampir lapan tahun dia pertahankan menantu, aku jadi terkilan dan kecewa.

    Ketika ditanya mengenai hubungan Bella dan ibunya, pelantun lagu ‘Sayang Sayang’ memaklumkan tiada persengketaan yang berlaku malah hubungan ibu dan isterinya berada dalam keadaan yang baik sepanjang perkahwinan mereka.

    Hubungan Umi dan Bella okay saja, tak ada apa pun. Pernah kami bergaduh pukul dua, tiga pagi dan Bella terus telefon Umi, Umi akan jawab saja.

    Sampaikan adik-beradik aku marah, dorang cakap, ‘Umi ayah dah berumur, kau pun dah besar. Kenapa nak kena telefon Umi pukul dua pagi pasal hal rumah tangga kau ini?’

    Tapi Umi okay bahkan dia cakap kalau dia perlu ‘turun’ Kuala Lumpur untuk bantu, dia sanggup.

    Terdahulu, tular satu potongan video memaparkan Aliff yang gagal menahan sebak sewaktu berkongsi mengenai masalah rumah tangganya bersama The Common Folks SG.

    ALSO READ:  Eira Syazira Sedar Hamil Anak Ketiga Masa Usia Tujuh Bulan, Berlaku Pendarahan Sebab Aktif ‘Boxing’

    Sekadar info, krisis rumah tangga Aliff dan Bella mula tercetus dan menjadi perbualan ramai apabila penyanyi berusia 33 tahun tiu ditangkap khalwat bersama pelakon jelita, Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.

    Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

    Tidak lama selepas itu, muncul pula seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku menjalin hubungan cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.

    Keadaan menjadi bertambah teruk apabila Sarah dilihat menyebarkan segala perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies sehingga melibatkan nama artis lain seperti Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.

    Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

    Video

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts