Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, October 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Aliff Aziz & Ruhainies Pilih Kunci Mulut, Tak Mahu Komen Isu...

    [VIDEO] Aliff Aziz & Ruhainies Pilih Kunci Mulut, Tak Mahu Komen Isu Penangguhan Kes Khalwat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aliff Aziz dan RuhainiesAliff Aziz dan Ruhainies

    Pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat ‘membisu’ selepas sebutan kes pertuduhan khalwat melibatkan mereka selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

    Diam membisu

    Aliff Aziz dan RuhainiesAliff Aziz dan Ruhainies

    Ketika ditemui , Aliff dan Ruhainies dilihat enggan memberikan sebarang komen berhubung penangguhan sebutan kes itu.

    Kedua selebriti itu mengambil pendekatan untuk mengunci mulut dan menghiraukan pihak media ketika diajukan beberapa soalan.

    Pada prosiding yang berlaku pada Khamis, mahkamah menetapkan perbicaraan melibatkan Aliff dan Ruhainies ditangguhkan pada 20 dan 27 Februari tahun hadapan.

    Tempoh jaminan bagi kedua-dua tertuduh itu juga dilanjutkan sehingga tarikh perbicaraan yang seterusnya.

    Mahkamah juga membenarkan Aliff untuk menggantikan penjamin baharu selepas penjamin sebelumnya iaitu Muhammad Nur Aiman Zainul Ilyas menarik diri dan ditukarkan kepada Furqan Abdul Rahim.

    Terdahulu, Aliff dan Ruhainies dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 Jun lalu berkemungkinan berikutan kes khalwat yang berlaku 9 Mac lalu.

    Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies juga telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

    Pada prosiding 3 Julai, Aliff dan Ruhainies kemudiannya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz pada 3 Julai lalu.

    Aliff dan Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
    Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

    Sebelumnya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.

    ALSO READ:  Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun, Bekas Kekasih Berusia 30 Tahun ‘Terlalu Baik’ – ‘Restu Ibu Bapa Penting’

    Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

    Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

    Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

    Video

    @official Mereka enggan memberi sebarang komen tentang kes hari ini ?# #fyp #news #ruhainies #aliffaziz #kes #khalwat ? original sound – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts