Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Aliff Aziz Takut Nak Dengar Suara Bella, Dedah Dah Lebih 40...

    [VIDEO] Aliff Aziz Takut Nak Dengar Suara Bella, Dedah Dah Lebih 40 Hari Tak ‘Contact’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz mendedahkan sudah lebih 40 hari dirinya tidak berhubung dengan isteri, Bella Astillah serta dua anaknya Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna sejak kontroversi yang melanda dirinya.

    Takut dengar suara Bella

    Pendedahan itu dibuat oleh Aliff sendiri menerusi  sesi  podcast bersama The Common Folks SG.

    Menerusi video yang dimuat naik di YouTube, pemilik nama Mohammad Aliff Aziz mengakui berasa takut untuk mendengar suara Bella selepas kemelut ini berlaku.

    Tambah Aliff, dia juga reda sekiranya perpisahan merupakan jalan yang terbaik buat rumah tangganya.

    Sudah lebih 40 hari kami tidak berkomunikasi.  Sejujurnya, aku takut nak menghubungi Bella dan aku takut nak dengar suara dia.

    Lagipun, aku tak tahu apa yang perlu aku katakan kepada dia.

    Bila terlalu lama tak berkomunikasi, aku dapat rasakan ada jurang yang wujud antara kami.

    Jika perpisahan menjadi satu-satunya jalan buat Bella bahagia, aku akan beri apa yang dia minta.

    Tambah pelantun lagu ‘Amarah Cinta’ ini lagi, dia juga tidak mahu menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri memandangkan kontroversi yang melanda telah melibatkan ramai pihak.

    Menurut Aliff, dia perlu bertanggungjawab dengan segala kesilapan yang telah dilakukannya dan bersedia untuk berdamai dengan takdir.

    Cuma, aku kena pastikan tiada apa yang boleh melengahkan perceraian ini. Aku tak mahu menjadi seseorang terlalu pentingkan diri sendiri.

    Perkara ini sudah membabitkan banyak pihak dan aku kena bertanggungjawab atas semua kekhilafan yang aku buat.

    Aku juga ingin mendoakan kebahagiaan kepada semua pihak.

    Terdahulu, tular satu potongan video memaparkan Aliff yang gagal menahan sebak sewaktu berkongsi mengenai masalah rumah tangganya bersama The Common Folks SG.

    ALSO READ:  [VIDEO] Uyaina Arshad ‘Sound’ Netizen Titip Doa Dia Bakal Nikmati Makanan Di Penjara?-“Esok Kat Dalam Makan Ikan Kering…”

    Sekadar info, krisis rumah tangga Aliff dan Bella mula tercetus dan menjadi perbualan ramai apabila penyanyi berusia 33 tahun tiu ditangkap khalwat bersama pelakon jelita, Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.

    Tidak cukup dengan itu, muncul pula seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku menjalin hubungan cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.

    Keadaan menjadi bertambah teruk apabila Sarah dilihat menyebarkan segala perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies sehingga melibatkan nama artis lain seperti Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.

    Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden, 7, dan Ara Adreanna, 4.

    Video

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts