Baru-baru ini, satu babak dalam drama Original berjudul Terjerat yang ditayangkan di platform penstriman iQIYI mencuri perhatian ramai di media sosial.
Nasi kangkang drama Terjerat
Drama Melayu dan nasi kangkang, berpisah tiada. pic.twitter.com/b4FigMA9G5
— brgsjks (@brgsjks) July 23, 2024
Menerusi video tular itu memaparkan babak di mana Sasha iaitu watak yang dilakonkan oleh Dayang Areeda cuba menjerat Faliq, Aliff Aziz dengan menggunakan ‘nasi kangkang’ (amalan sihir).
Tak dinafikan, penghayatan watak oleh setiap barisan pelakon sememangnya bikin penonton tidak sabar menantikan tayangan episod akhir drama Terjerat bermula hari ini dan esok.
Menurut Dayang, itu adalah kali pertama dia melakonkan babak nasi kangkang dan akui bimbang dengan pandangan orang luar terhadapnya.
Mula-mula agak susah sebab saya tak tahu mcm mana nak buat babak itu tapi selepas dibantu oleh pengarah dan barisan pelakon saya cuba buat dengan sehabis baik.
Sejujurnya memang agak malu, tapi Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Terus terang saya tak takut nak buat babak ini kerana ia hanya lakonan.
Cuma saya risau pandangan masyarakat apabila melihat saya melakukan babak itu. Tambah pula sekarang ini ramai yang suka mengecam.
Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun itu berharap agar orang ramai dapat mengambil pengajaran daripada mesej yang disampaikan dalam drama tersebut.
Babak ini tidak dibuat secara suka-suka tapi ada pengajaran yang boleh diambil. Amalan khurafat seperti ini bukanya rekaan tapi memang ada terjadi.
Bagi saya, kita kena mengambil pengajaran dan kesedaran mengenai hal-hal seperti ini yang masih wujud dalam dunia serba canggih hari ini.
Untuk rekod, babak nasi kangkang yang dilakonkan Dayang meraih lebih 380,000 tontonan di aplikasi X dan ratusan komen.
Antara pelakon yang membintangi drama Terjerat adalah Aliff Aziz, Ruhainies dan Fendy Bakry dan drama tersebut bakal melabuhkan tirainya pada minggu ini.