Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas berkongsi satu video di media sosial.
Aliff Bakal Rilis Lagu Raya 2024?
Datin Shahida, menerusi video yang dimuatnaik di Instagra, memaparkan Alif sedang merakam lagu di sebuah bilik rakaman berserta kapsyen bertanyakan kepada netizen adakah mereka sudah bersedia dengan lagu raya yang bakal dirilis suaminya pada Aidilfitri 2024.
“Dah ready ke korang nak dengar lagu raya artis nombor 1 dari belakang ni, @aliffsyukriterlajaklaris. Sorry la ya tak boleh dengar audio betul takut korang anxiety dan kemurungan 😆😆.”-kapsyen Datin Shahida di Instagram
Bonda Rozita Beri Respon!
Di ruangan komen, ibu kepada Aliff yang juga usahawan kosmetik, iaitu Bonda Rozita Ibrahim meluahkan rasa bimbang dengan tindakan anak lelakinya yang bakal ‘buat hal’, malah turut menitipkan pesanan berkaitan bab dosa disebabkan mengajak orang melemparkan fitnah dengan muzik video Aliff.
“Janji Jangan Pakaian & Perbuatan Tak Senonoh…”
Dalam pada itu, rata-rata peminat berpendapat adalah tidak menjadi masalah jika usahawan kosmetik sensasi ini mahu merilis lagu, asalkan muzik videonya tidak melanggar adab dan agama.
“Nak buat lagu ok jer. Tapi jangan buat music video yang tak senonoh dan mengundang kecaman netizen. Lagi-lagi pulak confirm music video akan dikeluarkan pada bulan Ramadhan yang mulia. Tak pasal-pasal ramai dapats aham dosa. Dari yang mengundang sampai yang mengata.
“Okay je Datin Seri, janji jangan pakaian dan perbuatan tak senonoh, melanggar adab dan agama dah laa. Tak salah pun lelaki penyanyi.”
“Tanda-tanda raya dah dekat.”