Selebriti dan usahawan popular, Datuk Ifa Raziah memuat naik sebuah video yang memaparkan detik pertemuannya dengan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri di sebuah pasar raya, baru-baru ini.
Kami bergaduh
Menerusi video pendek tersebut, Ifa bertanya kepada Aliff mengenai keberadaannya sewaktu acara Starvendors berlangsung di KLCC. Ujar Aliff, dia melarikan diri ke Australia selepas berlakunya pertengkaran dengan isteri, Datin Seri Shahida Mohd Rashid pada waktu itu.
Sebenarnya kami bergaduh, selepas itu dia (Aliff) lari rumah.
Menerusi pemerhatian pihak Shahida tidak menjelaskan punca pergaduhan di antara mereka.
Ujar Aliff pula, dia tidak menghadiri semua jemputan pada waktu tersebut.
Saya memang tak pergi mana-mana acara. Saya di Australia.
Terdahulu, Ifa dilihat menegur Aliff sambil meluahkan rasa tidak puas hati apabila usahawan tersebut tidak hadir ke acara anjuran miliknya.
Geram saya tunggu 4 hari 3 malam selama 72 jam tapi dia (Aliff) tak datang.
Video
View this post on Instagram