Usahawan Datuk Aliff Syukri menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz GLC 300 kepada isterinya, Datin Seri Nur Shahida sebagai tanda menghargai usaha keras membuat ‘live’ setiap hari.
Bersyukur pada suami
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Shahida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd Rashid meluahkan rasa syukur kepada suami, Aliff Syukri atas pemberiannya.
Alhamdulillah saya bersyukur sangat hari ini. Dapat kereta baru dari suami (Aliff Syukri).
Katanya hasil kerja keras live setiap hari tanpa jemu. Kereta idaman yang dah lama saya impikan.
Agak luas sikit berbanding kereta lama. Anak pula semakin membesar.
Dalam pada itu, Shahida turut berterima kasih kepada semua yang selalu menyokong produk keluarannya selama ini.
Menjengah ke ruangan komen, ibu mentua Shahida iaitu Bonda Rozita dilihat mendoakan pasangan itu untuk kekal bersama selamanya.
Bahagia selalu ada pada sabar dan setia.
Mak selalu harap keluarga Shahida kekal sampai ke Jannah.