Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Shahida menzahirkan rasa syukur apabila selesai menjalankan kewajipan mereka dengan membayar zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Aliff Syukri, isteri bayar zakat
Menerusi video yang dikongsikan, memaparkan momen pasangan ini hadir ke Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sambil memegang mock check berjumlah RM1 juta dalam satu majlis penyerahan zakat.
Menurut Shahida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd Rashid, 39, tujuannya memuat naik video tersebut bukanlah berniat untuk membangga diri sebaliknya menjadikan motivasi kepada orang ramai agar menjalankan kewajipan membayar zakat.
Bukan niat nak meriak atau bangga diri. Tetapi sesungguhnya ia bertujuan sebagai pemangkin atau memberi semangat kepada individu atau Syarikat yang mempunyai lebihan pendapatan untuk sama sama memberi zakat buat mereka yang sangat sangat memerlukan.
Ingat keberkatan setiap sen yang mengalir itu sangat mustahak. Jesteru mari lah menyumbang kepada Lembaga Zakat di atas setiap hasil keuntungan yang kita jana.
Sementara itu, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 37, jumlah yang dibayar itu adalah hasil keuntungan daripada perniagaannya.
Doakan supaya perniagaan saya semakin maju selepas ini. Bila maju, lebih banyak duit yang boleh saya berikan lagi untuk zakat perniagaan saya di masa hadapan.
Selain Aliff Syukri dan isteri, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dilihat turut hadir di majlis penyerahan zakat perniagaan yang berlangsung di PKNS Shah Alam.
Video
View this post on Instagram