Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang apabila kediaman mewahnya yang bernilai puluhan juta itu telah dikritik oleh seorang pereka dalaman.
Citarasa Masing-Masing
Aliff Syukri menerusi hantaran di Instagram, menegaskan bahawa setiap individu mempunyai citarasa masing-masing dalam mendeko kediaman dan turut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pereka dalaman tersebut.
“Rumah saya, suka hati saya. Siapa kenal mak cik sesat mana ni? Bagi saya setiap orang ada selera masing-masing tak payah nak sebut nama sesiapa.. Dan komen rumah orang sudah tentu saya terasa hati. Tunggu surat saman dari saya ya.”-tegas Aliff di Instagram
Interior Designer Tak Berdaftar Dengan MIDD?
Tambah Aliff, pereka dalaman yang mengkritik kediaman mewahnya itu dikatakan tidak berdaftar dengan Malaysian Institute of Interior Designers (MIID).
“Mak cik ni dia tak register dengan MIID. Search tak keluar nama dia di MIID. So jangan nak feeling kau paling terbaik dan gunakan nama saya untuk naikkan bisnes interior designer awak.
Duit saya konsep saya, rumah saya ikut suka hati saya. Sesuka hati kata rumah aku macam kedai tom yam. Nak jugak tengok rumah mak cik ni.”-tulis Aliff
View this post on Instagram
Menerusi video yang sudah dipadam di TikTok, pereka dalam wanita itu telah mengkritik rumah mewah Aliff yang dikatakan kelihatan murah biarpun menggunakan perabot serta hiasan yang mahal.
Apa komen anda?