Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila tampil menjual jeruk mangga menerusi sesi siaran langsung di platform TikTok, baru-baru ini.
Aliff Syukri jual jeruk mangga di live TikTok
@shahidadherbs2laki aku ni asal aku balik je dia buat perangai..laku pula tu dia jual sampai licin…korang jgn beli boleh tak nanti dgn aku2 kena kupas mangga??? original sound – Nur Shahida Mohd Rashid
Menerusi video yang dikongsikan oleh isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida, memperlihatkan usahawan itu sedang mengupas mangga sambil dibantu oleh beberapa orang pembantu rumah.
Kesungguhan dan semangat bapa kepada enam orang anak itu menjual jeruk secara siaran langsung di TikTok menerima pujian warganet yang kagum melihat usaha Aliff dalam mencari rezeki buat keluarga.
Bukan itu sahaja, mereka menyifatkan aktiviti jualan itu mencerminkan keperibadian Aliff sebagai seorang usahawan yang tidak pernah kenal erti penat lelah.
Aku respect dia sebab tak penat kerja walaupun dah kaya
Dia rajin lah, semua dia nampak jadi duit
Patut lah dia kaya dengan perniagaan, dia jadikan berniaga itu sebagai satu rutin
Bagus Datuk Aliff, apa saja boleh mendatangkan duit semua dia jual. Yang penting halal. Jiwa peniaga memang macam tu, dalam hidup mereka tiada kamus ‘malu’.
Ni ciri-ciri orang kaya sebab setiap kali waktu lapang, ada je benda nak buat
Orang dah kaya raya pun masih terfikir nak tambah pendapatan
Menurut warganet, tidak hairanlah usahawan ini terus menjadi inspirasi kepada ramai, bukan hanya kerana kejayaannya, tetapi juga kerana kerendahan hati dan semangatnya yang tidak pernah luntur dalam apa jua yang dilakukan.