Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pasangan usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri dan isteri Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid juga tidak lari dari melalui fasa bergaduh dan perselisihan faham.
Berniaga bersama
@aididitmyway Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri hahaha masing-masing kena pandai bermain hati walaupun bergaduh setiap hari, yang paling penting setia dihati. ? Macam-macam sebenarnya kerenah diorang ni. ? Jom layan versi penuh di YouTube AididitMyWay! #aididitmyway #podcast #AIMY #datukAliffSyukri #aliffsyukri #terlajaklaris #aididmarcello @Aidid.Marcello
? original sound – AididitMyWay – AididitMyWay
Menerusi podcast bersama hos Aidid Marcello, Shahida berkongsi bahawa Aliff akan sentiasa membawa dirinya bersama ketika berniaga meskipun mereka sedang bermasam muka.
Dekat mana ada orang buat ceramah dan pasar tani, dia akan angkut saya pergi berniaga sekali.
Kalau kami bergaduh sekali pun tetap berniaga. Kami memang selalu bergaduh, 25 hari ke 30 hari bergaduh.
Menurut Shahida, mereka berdua tidak akan berkomunikasi antara satu sama lain sepanjang pergaduhan.
Bila bergaduh kami akan diam takkan bercakap, tahu-tahu baik sendiri sahaja.
Bercerita lanjut, Aliff berkata mereka akan tetap melakukan tugas masing-masing ketika menjalankan bisnes walaupun tidak bertegur sapa.
Kau buat kerja kau aku buat kerja aku. Bila buka meja, kau sebelah sana, aku sebelah sini.
Tak bercakap tapi berniaga bersama.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat pasangan tersebut, malah mereka juga mengalaminya kerana ia adalah asam garam dalam kehidupan berumah tangga.
Untuk info, Aliff mendirikan rumah tangga bersama Shahida pada tahun 2007.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah, Luqman Al Hakim.