Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Aliff Syukri Tolak Tawaran Berlakon Sebagai Bapa Pelac*r – ‘Saya Hormat...

    [VIDEO] Aliff Syukri Tolak Tawaran Berlakon Sebagai Bapa Pelac*r – ‘Saya Hormat Bini’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan Datuk Aliff Syukri mendedahkan dia pernah menolak tawaran berlakon sebuah filem kerana watak yang diberikan kepadanya pada masa itu tidak bersesuaian dengan karakter dirinya.

    Tolak tawaran sebagai bapa ayam

    Menerusi temu bual bersama , Aliff berkata, dia pernah mendapat tawaran untuk memegang watak sebagai ketua sindiket pelacuran. Oleh kerana takut dimarahi isteri, Aliff memberitahu dia terpaksa menolak tawaran tersebut.

    Bagi saya watak bapa pelacur. Saya tak nak. Saya tak boleh watak tu nanti isteri marah. Bukan takut, saya hormat isteri. Jujur saya tolak.

    Lagi satu saya jadi pensyarah. Watak itu penting dia macam gila-gila remaja. Ada Azharina, Bella Astillah dan ramai lagi. Watak tu hampir sama dengan diri saya. Itu saya ambil. Yang kedua saya dapat watak jadi suami Ramona untuk tahun baru Cina. Dua drama ini akan ditayangkan tahun hadapan.

    Disoal mengenai kenangan manis apabila menjadi seorang pelakon, Aliff secara ringkas menjawab dia menerima layanan yang sangat baik daripada pihak produksi apabila berada di set penggambaran.

    Sementara itu, Aliff yang ditemui pada Majlis Hi Tea Anthon’s Leather di One World Hotel, turut meluahkan rasa gembira kerana empayar perniagaannya semakin berkembang apabila rangkaian beg Anthon’s Leater by Aliff Syukri muncul.

    Ujar Aliff, dia mahu terus konsisten berniaga, termasuk memperkasakan jualan secara atas talian.

    Saya mempunyai pekerja lebih 300 orang. Jadi mahu tidak mahu, saya dan isteri perlu meneruskan peniagaan. Ketika fasa dan selepas pandemik, perniagaan memang tidak berapa nak okey. Namun, Alhamdulillah berkat bantuan dan sokongan anak dan isteri, perniagaan yang dijalankan itu kembali menampakkan hasil positif.

    Namun saya tidak nafikan, bila anak-anak makin membesar mereka tidak mahu depan. Kadang-kadang bila minta buat ‘konten’, mereka tak mahu buat. Sampai saya menangis. Jadi bila pelancaran Anthon’s Leater ini, saya minta anak-anak untuk bergaya. Sebab anak sulung saya misalnya, dia pemalu. Lalu saya beritahu, dia sekarang kena perlu ke depan.

    ALSO READ:  Ernie Zakri Bakal Mengadakan Konsert Sulung Pada 25 Januari Tahun Depan

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts