Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, February 3, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Along Cham Dakwa Isteri Seleweng Dana Sumbangan Lebih RM100,000 – ‘Konon...

    [VIDEO] Along Cham Dakwa Isteri Seleweng Dana Sumbangan Lebih RM100,000 – ‘Konon Untuk Uruskan Saya & Anak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Along ChamAlong Cham

    Pelawak Along Cham mendakwa isterinya, Afreena Suhaimi telah menyeleweng dana sumbangan orang awam berjumlah lebih RM100,000 yang dikatakan untuk kegunaan menguruskannya sepanjang ditahan di Penjara Sungai Buloh serta pengurusan anak.

    Seleweng dana

    Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, turut mendakwa tidak menerima satu sen daripada dana sumbangan tersebut.

    Malah, selama dia ditahan, anaknya iaitu Ahmad Daniel telah diuruskan oleh ibu kandung, Siti Habsah Kadir dan ibu angkatnya yang juga pelakon senior, Didie Alias.

    Dana-dana yang dikatakan untuk kegunaan saya, jujur itu tidak ada. Dana tersebut tidak sampai ke tangan saya. Duit yang digunakan untuk ikat jamin saya adalah daripada ibu, keluarga dan ibu angkat saya, Didie Alias.

    Saya juga pelik, ada dalam kalangan selebriti yang memberi sumbangan tetapi dana itu tidak sampai kepada saya. Dia (Afreena) cakap, konon-konon duit daripada dana itu untuk pembiayaan anak saya.

    Tapi sepanjang saya ditahan, anak saya diuruskan oleh Didie Alias. Dianggarkan lebih RM100,000 dana yang terkumpul.

    Along berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya pada Selasa.

    Aaron Aziz juga mangsa

    Along ChamAlong Cham

    Dalam pada itu, Along juga mendakwa aktor Aaron Aziz turut menjadi mangsa penipuan isterinya.

    Yang terbaharu, saya mendapat panggilan daripada Aaron Aziz yang kini berada di Uzbekistan, mengatakan isteri saya ada mintanya RM20,000 katanya untuk bantu ikat jamin saya. Aaron telah bagi RM5,000 kepada dia.

    Sedangkan wang ikat jamin itu telah pun diselesaikan oleh ibu saya dan Didie Alias. Saya sudah maklumkan kepada Aaron untuk usaha dapatkan kembali wang tersebut.

    Sementara itu, ibu kepada Along memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung penyelewengan dana tersebut.

    ALSO READ:  ‘Saya Pernah Berlakon Dengan Mawi, Bukan Sebab Kawan Konti’ – Anas Tahir

    Pihak polis juga memanggil mana-mana pihak yang terlibat dalam memberi sumbangan ke dana tersebut untuk membuat laporan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts