Kejadian disimbah asid yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim begitu mengejutkan serta meruntun hati semua peminat sukan nombor satu negara.
Susulan itu, ramai pihak yang mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat mendoakan agar tonggak utama Selangor FC itu diberikan kesembuhan.
Altimet berdoa di Madinah
@altimet_ #StandWithFaisalHalim #FH7 / @Selangor FC ? original sound – altimet
Terbaharu, penyanyi rap iaitu Altimet yang kini berada di Madinah bagi mengerjakan ibadah umrah turut tidak melepaskan peluang mendoakan Faisal.
Menerusi hantaran dimuat naik di TikTok, pemilik nama Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad ini memaklumkan bahawa dirinya akan terus berada di belakang dan menyokong Faisal yang kini sedang ditimpa ujian berat.
Assalamualaikum, sekarang lebih kurang pukul 6.30 petang di kota Madinah dan saya berada di Masjid Nabawi untuk sembahyang Maghrib.
Dan saya akan mendoakan saudara Faisal Halim untuk sembuh dengan sepenuhnya.
Saya akan berada di belakang awak, Faisal.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Amboi’ itu turut memaklumkan dirinya mahu melihat pemain sayang berusia 26 tahun itu kembali beraksi di atas padang.
Insya-Allah, saya akan lihat awak beraksi semula, saya akan tengok awak kembali main bola dalam masa terdekat.
Sehinga artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih lebih 24,ooo tontonan dan lebih 2,500 tanda suka.
Sekadar info, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.
Untuk rekod, kejadian khianat menimpa pemain bola sepak ini bermula apabila pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid telah disamun dan dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian di Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis.
Terbaharu, pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Safiq Rahim pula menjadi sasaran apabila kereta miliknya diserang oleh dua individu dengan menggunakan tukul besi berhampiran Pusat Latihan JDT.