Sejak kehadiran anak angkat sebagai penyeri hidup, Datin Alyah dilihat sering berkongsi momen keluarga kecilnya di media sosial.
Permata hati Tok Ram & Alyah
@alyah81official Hadiah dari tuhan ? tiada yg terlambat tiada yg terlewat.Semuanya tepat pada waktunya kerna Dia maha tahu bila dan bagaimana ? #tokramzara #alyahzara #fyp #fypage #fyp??viral
? Aku Yang Jatuh Cinta – Dudy Oris
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 43, memuat naik video dia meluangkan masa bersama suaminya iatu pengarah muzik tersohor Datuk Ramli MS dan anak angkat mereka Nur Izzara.
Paling tersentuh adalah kapsyen pelantun lagu Kisah Hati itu yang menyifatkan puterinya sebagai pemberian terindah daripada Allah SWT.
Hadiah dari tuhan. Tiada yang terlambat, tiada yang terlewat.
Semuanya tepat pada waktunya kerana Dia maha tahu bila dan bagaimana.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet senang melihat keluarga selebriti itu dan mendoakan kebahagiaan mereka.
Alhamdulillah nikmat dari Allah yang maha kaya, bahagia buat ibu ayah seindah salju. Kiriman Allah..bahagia selalu. Amin.
Kejap rasanya dah besar. Moga Tok Ram dan datin bahagia di samping anak tercinta.
Very fatherly Tok Ram, dalam serius ada kelembutan hati terhadap anak.
Terdahulu, Alyah mencuri perhatian apabila berkongsi foto ketika majlis cukur jambul dan aqiqah Nur Izzara menerusi Instagram (IG).
Imbas kembali, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013. Sebelum ini, Alyah memberitahu dia pernah menjalani rawatan IVF sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.