Personaliti media sosial dan model, Ameera Khan berkongsi tentang ciri-ciri lelaki idamannya.
Lelaki idaman
@majalahglam Ikuti Ameera Khan berkongsi tentang ciri lelaki idamannya! Nak tahu apa ‘type’ Ameera? Make sure to watch till the end! #ameerakhan #littlemisskhan #lmk #GLAM #GLAMMalaysia #fyp #foryoupage
? original sound – GLAM Malaysia – GLAM Malaysia
Menerusi temu bual bersama majalah Glam, Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan menjawab soalan-soalan ringkas tentang ciri-ciri lelaki yang disukainya.
Romantik dan kelakar, kedua-duanya penting jadi saya pilih dua-dua.
Kasual dengan t-shirt, rambut pula messy tapi stylish. Simple tapi bergaya.
Saya memilih Ferrari dan Maldives.
Tak perlu yang pandai memasak pun, tapi boleh kalau mahu cuba.
Antara yang menarik perhatian adalah, Ameera tidak kisah dengan ketinggian lelaki idamannya.
Yakin, walau apa pun ketinggian awak.
Saya suka akan seseorang yang gemar melancong dan juga duduk di rumah.
Antara kejutan romantis atau kata-kata manis saya pilih kedua-duanya juga.
Selain itu, pepengaruh berusia 23 tahun tersebut juga menegaskan lelaki tersebut haruslah menyokong kerjayanya.
Antra intovert dan extrovert, dia perlu ada kedua-dua sifat ini..like in the middle.
Dia perlu menyokong kerjaya saya.
Pendengar yang baik
Dalam masa yang sama, adik kepada selebriti dan usahawan Neelofa itu juga berkata, dia mahukan seorang lelaki yang boleh menjadi pendengar yang baik berbanding pandai berjenaka.
Saya suka yang lelaki boleh menjadi pendengar yang baik.
Dia perlulah menjadi seseorang yang bercita-cita tinggi kerana mempunyai visi untuk diri sendiri adalah penting bagi saya.
Sekadar info, sejak kebelakangan ini Ameera dilihat sering meluangkan masa dan mesra bersama pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol.