Teka teki mengenai status hubungan di antara pelakon, Amelia Christie bersama aktor Sharnaaz Ahmad kini telah terjawab selepas Amelia memberikan pengakuan dalam satu temubual di media sosial.
“Kita Kena Beritahu Yang Kita Single..”
Menerusi video yang dikongsikan oleh satu jenama tudung tempatan, Amelia disoal mengenai status dirinya adakah masih ‘single or taken’. Amelia kemudian lantas menjawab persoalan tersebut dengan menyatakan bahawa dirinya masih belum berpunya dan mengakui harus memberitahu statusnya itu kepada semua orang.
“Saya single. Saya okay dengan soalan itu sebab kita kena beritahu yang kita single.”-kata Amelia Christie
Idam Lelaki Yang Bertanggungjawab
Disoal mengenai ciri lelaki idaman, pelakon drama siri Histeria The Series ini menjelaskan bahawa dia mengidamkan seorang lelaki yang bertanggungjawab, sopan santun, dan baik hati.
“Lelaki idaman saya adalah seorang yang bertanggungjawab, sopan santun, dan baik hati.”-kata Amelia lagi
@adeline_hq Amelia org yg baik sangat , memudahkan org sekeliling, sehari bersama Amelia pn terus rasa sayang😘 #adelinehijab #ameliachristie
♬ original sound – Adeline Hijab – Adeline Hijab
Sebelum ini, status hubungan Sharnaaz dan Amelia menjadi tanda tanya netizen selepas mereka berdua sudah saling unfollow di Instagram.
Selain itu, Sharnaaz turut memberikan kenyataan kepada media tempatan bahawa dia tidak pernah mengiyakan mengenai hubungannya bersama Amelia.
Dalam pada itu, Amelia turut memberikan ‘hint’ sudah ‘move on’ terhadap apa yang berlaku selepas berkongsi foto dia sedang berada di tepi pantai serta kapsyen yang menyatakan dirinya mahu lebih menyayangi diri sendiri.
Apa komen anda?