Gelagat antara pelakon baharu, Amelia Christie Lim bersama aktor Sharnaaz Ahmad dan anak lelakinya, Jebat Jayden sering menyorot tumpuan warganet.
Jayden mudah didekati
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Amelia berkongsi momen-momen ketika diawal perkenalannya dengan anak pelakon filem Polis Evo 3 itu.
Namun kerana sikap Jayden yang mudah didekati, membuatkan aktres tersebut senang untuk bermesra dengan kanak-kanak itu.
Dia malu-malu dulu, dia ada ‘warming up’ tu tapi tak lama. Senang la nak ‘click dengan dia.
Dalam masa yang sama, Amelia mengakui dia kini amat menyayangi Jayden.
Main lari-lari, main sorok-sorok.
Tapi sekarang ini dia dah besar dah. Dia kata ‘aunty berapa tahun? Baby enam tahun, baby dah besar dah’.
Dia kelakar juga tau Jayden tu. Sayang la dekat dia, tak tahu nak cakap macam mana.
Sebelum ini, Amelia juga dilihat rapat bersama bekas isteri Sharnaaz iaitu Noor Nabila dan mereka pernah bercuti ke Jepun bersama-sama.
Keakraban antara aktor itu dengan bekas isterinya juga telah mendapat perhatian warganet kerana dilihat tidak pernah berbalah malah menonjolkan sikap profesional terutama dalam hal yang melibatkan kebahagiaan anak.
Untuk info, pelakon berusia 38 tahun itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Nabila pada tahun 2017, namun mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2020.
@inayahbeautytrading Girlfriend jebat ni bos? #fyp #ameliachristie #jebatjayden #sharnaazahmad #berryfull #gattox #fyp? #fypage #fyp??viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty
? Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)