Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Amin Idris Selar Netizen Cetus Spekulasi Negatif Kematian Nur Farah Kartini...

    [VIDEO] Amin Idris Selar Netizen Cetus Spekulasi Negatif Kematian Nur Farah Kartini – ‘Duduk Diam Lagi Baik Daripada Tulis Komen Menghina’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    amin idris farahamin idris farah

    Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris menyelar tindakan segelintir warganet yang sengaja mencetuskan spekulasi terhadap kematian tragis Nur Farah Kartini.

    Adab dalam Islam

    @iamaminidris

    JANGAN HINA ORANG YANG SUDAH MATI . Trend menghina orang yang sudah mati termasuk sesiapa yang kita tidak setuju sangat menjijikkan. Tolong henti sikap komen menghina si mati dengan bermacam spekulasi tak kiraalah samada ia sahih apatah lagi jika ianya fitnah. Amaran Nabi SAW; . ??? ????????? ??????????? ??????????? ???? ????????? ????? ??? ????????? Janganlah kalian mencela orang-orang yang telah meninggal, kerana mereka sudah mendapatkan apa yang mereka kerjakan. (Riwayat Bukhari) . Sekurang-kurang cuba berada di tempat ahli keluarga arwah. Apa perasaan mereka bila orang mengata macam-macam tentang ahli keluarga yang telah pergi? . Jika ada dosa yang pernah dibuat oleh arwah sekalipun, doakanlah moga Allah mengampuninya dengan doa: . ?????????? ??????? ????? ???????????? ?????????? ??????? ??????? Ya Allah, ampunilah dia (wanita) dan kasihanilah dia, sejahterakan ia dan ampuni dosa dan kesalahannya.” #nurfarahkartini #tazkirahironman

    ? Very Sad – Enchan

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Amin meluahkan rasa kesal terhadap warganet yang meninggalkan komen negatif berhubung kes kematian wanita berusia 25 tahun tersebut.

    Tentang isu kematian dan pihak berkuasa telah mengesahkan akibat daripada pembunuhan ke atas arwah Nur Farah Kartini, bila saya tengok komen-komen segelintir netizen rasa jijik.

    Kalau kau tak tahu, boleh tak tak perlu komen apa-apa. Duduk diam lagi baik daripada menulis komen yang menghina dengan bermacam-macam spekulasi yang akhirnya akan memburukkan lagi keadaan malah menghina si arwah.

    Menurut Amin, mereka seharusnya memiliki sikap prihatin dan sensitif terhadap keluarga Allahyarhamah Nur Farah Kartini.

    Paling tidak pun cubalah berada di tempat keluarga arwah. Kalaulah ahli keluarga kau sendiri yang meninggal dan orang mengata macam-macam, buat cerita macam-macam yang menghina si arwah apa perasaan kau? Tahu pula marah.

    Sebagaimana kita tak suka orang buat dekat kita, jangan pula kita buat benda yang buruk kepada orang lain.

    Dalam pada itu, pengacara berusia 42 tahun tersebut menjelaskan larangan menghina orang yang sudah meninggal dunia menerusi hadis Nabi Muhammad SAW.

    ALSO READ:  Fattah Amin Terus Mendonia! Baju Eksklusif ‘Sold Out’ Dalam Masa Dua Minit

    Malah Rasulullah SAW juga memberi contoh akhlak yang baik kepada jenazah walaupun bukan jenazah orang yang beragama Islam.

    Bahkan Nabi Muhammad SAW menegah kita menghina orang yang meninggal.

    Maknanya dia sudah meninggal dan dia bakal menerima apa juga balasan atas apa yang dia buat. Kalau ada dosa atau kejahatan yang dibuat membabitkan si mati, bukan kerja kita untuk menilai dan menghina orang tersebut.

    Sebaliknya kita mendoakan kebaikan dan pengampunan ke atasnya.

    Ini bukan adab dan akhlak yang diajar oleh agama. Bukan setakat orang Islam, bahkan Nabi pernah bangun memberi penghormatan apabila jenazah Yahudi lalu di hadapan Nabi. Apatah lagi kalau jenazah itu beragama Islam.

    Pada akhir video tersebut, Amin mengucapkan takziah kepada kaum keluarga Nur Farah Kartini dan mendoakan agar mereka tabah menghadapi ujian berat yang itu.

    Amin juga berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan memberikan keadilan sebaik-baiknya agar sesiapa yang melakukan kejahatan akan menerima balasan yang setimpal.

    Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada jam 6 petang Isnin selepas dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu.

    Susulan itu, polis menahan seorang suspek yang juga penjawat awam berusia 26 tahun yang reman semalam di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. Kes disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan.

    Sebelum ini, polis menerima laporan tentang kehilangan mangsa pada Rabu lalu jam 1.56 pagi selepas mangsa menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts