Baru-baru ini, hangat tentang pelakon popular hanya melalui satu drama iaitu Projek: High Council, Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin atau lebih dikenali sebagai Amir Ahnaf.
Beliau terlibat dalam industri seni di Malaysia selepas menyertai pertandingan Hero Remaja 2021/2022 dan menjadi lebih dikenali selepas membintangi drama Projek: High Council yang dikeluarkan oleh Astro. Dalam sekelip mata, kehidupannya berubah 360 darjah selepas terlibat dalam drama itu dan kini dikatakan Amir Ahnaf sibuk menjalani penggambaran di pasaran Indonesia.
“Kenapa Dia Jadi Macam Ni Sekarang?”
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ehmalaysia telah menarik perhatian ramai. Video tersebut telah meraih jumlah tontonan sebanyak 244 ribu, tanda suka sebanyak 8 ribu dan komen sebanyak 1603.
Dalam video tersebut, Amir Ahnaf terlihat menari dengan memakai jaket dan seluar denim sambil menceritakan bucket list yang telah dilakukannya.
@ehmalaysia ‘Apabila saya sudah tiada, saya ingin diingati sebagai seorang yang baik, selalu mencuba yang terbaik untuk menjadi diri sendiri.” – @amir.ahnaff Konsep & Arahan Seni | @abidinkhairul Penyelaras | @frhnmdnr @eqa.zulkifli Video | @jbombxox @simon.tan_ Grooming | @tiarzainal Dandanan | @codychua menggunakan @schwarzkopfpro.my Pakaian | @leejeansmalaysia #EHMalaysia #EHTop20 #LeeJeansMalaysia #LeeDenimStyle
Average video itu mendapat kecaman yang hebat dari netizen yang menyatakan bahawa Amir Ahnaf ingin meniru gaya penyanyi idola kpop terkenal iaitu Jungkook dan pada akhirnya dia kelihatan seperti J.Y Park atau lebih dikenali sebagai JYP, yang mempunyai kontroversi mengenai persembahannya baru-baru ini.
“Aduh apa benda ni, dia ingat dia Jungkook ke nak buat macam tu”
“Macam record suara hantar kat group sahabat selamanya”
“Abang ada kad selain kad ic ke?”
“Tak pasal2, tak kenapa dia tryhard jadi Jungkooq ni” – kata netizen
Mungkin Amir Ahnaf ingin mencuba sesuatu yang baru. Walau bagaimanapun, kita doakan agar Amir Ahnaf terus menghasilkan karya lakonan terbaik untuk industri seni tanah air.
Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa pendapat anda?