Pelakon muda yang sedang meningkat naik, Amir Ahnaf menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya bercinta bersama anggota kumpulan Dolla iaitu Angel.
Dah anggap macam adik
Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin ini memaklumkan bahawa dia dan Angel merupakan sahabat baik bahkan sudah menganggap penyanyi berusia 23 tahun itu sebagai adik.
Kami hanya sahabat baik, boleh dikatakan seperti bestie sebab Angel ni saya dah anggap macam adik.
Kami rapat sejak awal tahun lalu, kenal semasa acara Celebfest di Singapura. Kami tak pernah keluar lepak pun.
Dolla ini sangat eksklusif jadi mereka tidak keluar secara public sangat.
Amir berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Wrap Party Kahar Kapla High Council bertempat di Six In The City, Petaling Jaya pada malam Rabu.
Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama ‘Projek: High Council’ ini memohon maaf kepada Angel sekiranya kehadirannya yang memberikan sokongan sewaktu hadir ke konsert Dolla pada Sabtu lalu telah menimbulkan pelbagai spekulasi.
Sebenarnya saya terkejut, bangun pagi tengok satu artikel sudah keluar. Saya hadir beri sokongan pada Angel sebab saya memang minat Dolla sejak lagu pertama mereka lagi, Dolla Make You Wanna.
Perkara pertama yang terlintas difikiran semasa isu itu keluar adalah kesian dekat Angel kerana dia kena menjawab mengenai perkara tersebut.
Saya mohon maaf kalau kehadiran saya di konsert itu telah mengemparkan dunia hiburan. Tak adalah, saya dengan Angle hanya kawan sahaja.
Terdahulu, kehadiran Amir ke konsert Dolla yang bertempat di Zepp Kuala Lumpur telah menyorot perhatian sehinggakan rata-rata netizen mencetuskan spekulasi mengatakan pelakon berusia 24 tahun itu sedang menjalin hubungan cinta dengan Angel.
Video
@official Amir Ahnaf nafi bercinta bersama anggota kumpulan Dolla iaitu Angel. # #sembangentertainment #amirahnaf #angel ? original sound – OHBULAN!