Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Amir Hariz Dedikasi Lagu ‘Teratas’ Istimewa Buat Arwah Ibu

    [VIDEO] Amir Hariz Dedikasi Lagu ‘Teratas’ Istimewa Buat Arwah Ibu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi meningkat naik, Amir Hariz mendedikasikan sebuah lagu istimewa khas buat Allahyarhamah ibunya yang telah dijemput Ilahi, tahun lalu.

    Lagu ‘Teratas’ oleh Amir Hariz

    Single Amir Hariz berjudul Teratas yang sudah dilancarkan sejak sebulan yang lalu itu merupakan simbolik cinta dan penghargaan terhadap ibunya yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepadanya.

    Malah ianya turut diilhamkan daripada impian Amir untuk mengejar kejayaan dalam bidang muzin selain mahu memahami ibu tentang pilihannya itu.

    Semua orang melayakkan ibu mereka di tempat tertinggi dalam hidup. Sejauh mana pun kita pergi, setinggi mana pun kita daki keduduk ibu tetap teratas. Berdasarkan perkara itulah yang lirik-lirik yang ada di dalam Teratas.

    Jelasnya, lagu ini sebenarnya sudah ada dalam simpannya ketika ibunya masih ada namun ia hanya disiapkan sebaik sahaja wanita paling dicintainya itu pergi buat selama-lamanya.

    Bukan mudah sebenarnya untuk melalui perkara berkenaan. Sebetulnya saya berharap agar ibu sempat melihat kerjaya seni bergerak di landasan yang betul. Tapi saya reda dengan segala ketentuan apabila perancangan kita tak kesampaian.

    Pada awalnya lagu ini dalam versi akustik sahaja dan sudah disiapkan lebih awal dan saya hanya letakkan di YouTube. Tapi sesudah kepergian ibu barulah saya menggubah semula Teratas dan melancarkan secara rasmi.

    Tapi untuk versi baharu saya masukkan pelbagai elemen tambahan seperti piano dan beberapa sentuhan lain. Pada dasarnya memang rakaman kali ini sedikit berbeza memandangkan sudah lama tidak masuk ke studio rakaman.

    Untuk info, selain Teratas, Amir telah merakamkan tiga buah lagu sebelum ini yang terdiri daripada Akur, Peluang Kedua dan Penipu.

    Ketiga-tiga lagu berkenaan mendapat sambutan hangat daripada pendengar dan mencatatkan jutaan pendengar di semua platform digital termasuk YouTube.

    ALSO READ:  Ruhainies Perjelas Situasi Sebenar, Titip Harapan Agar Bella & Aliff Aziz Tidak Bercerai!

    Muzik Video ‘Teratas’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts